Yang tak boleh tu lah orang suka nak buat. - ceritaejoy

Yang tak boleh tu lah orang suka nak buat.

9:07 PG

www.ceritaejoy.com

Yang tak boleh tu lah orang suka nak buat | Awal pagi tadi, selepas sarapan pagi. Semasa dalam perjalanan ke pejabat, ada seorang rakan sekerja tegur aku. Katanya, rambut aku dah cukup panjang. Kalau dekat sekolah, dah lama kena potong. Bila dia cakap macam tu, terus aku teringat kan zaman sekolah dulu. Memang aku suka berambut panjang dan memang banyak kali juga lah kena dengan guru disiplin. Pernah juga lah kena potong rambut dekat sekolah dulu. Hehehe.

Bila ditegur macam tu, aku Cuma sampaikan 1 perkara pada dia. Kata aku, dulu waktu sekolah, ramai yang ingin berambut panjang. Simpan sana, simpan sini, selit sana, selit sini rambut panjang tu. Tapi tak boleh kan? Sebab peraturan sekolah tidak membenarkan pelajar untuk berambut panjang. Tapi kenapa masih ada pelajar yang nak simpan rambut panjang?

Sekarang, kita dalam dunia professional. Maksud aku dalam dunia kerjaya yang membenarkan kita berambut panjang. Ada juga daripada kita yang sudah menjadi pemimpin samada dalam kerjaya mahupun dalam keluarga. Cuba lihat sekeliling kita ni, kenapa tiada yang berambut panjang? Walhal tiada larangan pun yang melarang mereka untuk berambut panjang.

Mungkin ada yang cakap, zaman tu dah habis. Atau mungkin, dah berusia ni, tak payah lah nak berambut panjang sangat. Itu mungkin juga ya! Tapi pada aku mudah je. Ini jawapan aku pada rakan aku tadi. Sebabnya adalah, benda yang kita larang tu lah, yang kebanyakkan daripada kita suka nak buat. Lagi kita larang jangan buat, lagi seronok mereka nak buat. Benda yang tiada larangan ni, orang tak suka.

Contoh dia macam rambut tadi tu lah. Dah kata, tak boleh berambut panjang, tapi percayalah, berapa ramai anak-anak remaja, yang masih bersekolah, menyimpan rambut panjang. Malah, aku percaya, masih ada sekolah yang menjalankan aktiviti “pembersihan” rambut di sekolah. Sebabnya? Yang orang larang itulah mereka nak buat.

Sepanjang tempoh perkhidmatan aku di sini, aku belum pernah nampak majikan potong rambut pekerja. Bukan takda pekerja yang berambut panjang, ada. Siap ada yang berwarna lagi. Tapi kenapa ramai yang berambut pendek? Mungkin juga alasan untuk menjadi contoh pada anak-anak. Atau mungkin zaman rambut panjang dah habis. Dan alasan paling kuat, dah botak!

Masing-masing punya alasan sendiri kan? Dan alasan aku, aku memang suka berambut panjang. Jadinya, dalam kesempatan yang ada, memang aku akan simpan rambut aku ni. Esok-esok rambut dah kurang, kita layan je lah rambut pendek, kan? Hehehe. Oklah tu kan, Zaman sekarang ni kan macam-macam fesyen rambut. Buat sementara ni, aku lebih selesa berambut panjang. Ok?

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email