Susahnya nak cari ilmu! - ceritaejoy

Susahnya nak cari ilmu!

1:34 PTG

www.ceritaejoy.com

Susahnya nak cari ilmu! | Kalau kita malas, memang kita tidak berilmu. Tapi bila kita berusaha nak cari ilmu, kadang membuatkan kita jadi lebih malas! Aku bercerita mengenai apa yang aku rasa. Mungkin korang ada pendapat korang sendiri, tapi aku bercerita tentang apa yang aku nampak dan lalui. Kita ni usaha nak cari ilmu. Tanya orang sana, tanya orang sini, tapi yelah! Mungkin ilmu mereka mahal, oleh yang demikian, tidak mudah untuk mereka kongsikan dengan orang lain.

Blogger! Ya, kita fokus dulu dengan golongan blogger. Kita ni, yang masih baru dalam dunia blogging ni, kenalah rajin-rajinkan diri cari ilmu. PM orang sana, PM orang sini. Sudahnya, jawapan yang kita dapat adalah apa yang kita sendiri sudah sedia maklum. Kita takda gelaran seperti mana blogger-blogger besar yang lain. Mungkin juga ilmu mereka terlalu mahal, sehingga tidak ingin dikongsikan dengan orang lain.

Jawapan yang kerap aku terima bila bertanyakan mengenai tips adalah, content, content. Mana-mana blogger pun sedia maklum dengan ayat content tu. Tapi blogger mana yang nak ajar, cara tulis dengan betul? Macam mana nak tulis? Apa yang perlu ada dalam penulisan? Kemudian, teknik yang betul *tanpa rahsia* untuk naikkan jenama blog.

Bukan tak ada yang ingin kongsikan keseluruhan ilmu-ilmu blog ini. Ada. Tapi limited! Tak pun mengikut tempat. Kalau nak belajar, ok, datang sini, datang sana. Sebabnya, kita nak cari ilmu, so, kenalah usaha. Betul? Kenapa tidak kita bantu mereka yang tak mampu datang? Buat 1 blog khas, kongsikan segala ilmu yang ada. Susah sebenarnya nak dapat blog macam ni.

Kalau ada pun, kongsikan sedikit ilmu, kemudian, ya! Dapatkan Ebook saya dengan harga termurah!! Itu biasa. Masih juga kenakan harga. Kenapa tidak kita bantu sahaja orang yang ingin mencari ilmu ni? bukankah ilmu yang kita kongsikan dan bermanfaat pada orang, membuatkan ilmu kita semakin luas? Membuatkan diri kita memperolehi ilmu baru?

Kadang kita PM top-top blogger, tanyakan perkara asas. Kita faham dengan kesibukan mereka. Mungkin juga mereka tidak mahu melayan kita ni, jawapan mereka mudah, Ok! Cari di blog saya! Kita bukan denga mudahnya nak tanya mereka. Kita dah cari dan mungkin apa yang kita cari tu takda. Atau mungkin kita dah buat, tapi tak berjaya. Atau mungkin juga, kita tak faham dengan apa yang dia tulis.

Aku tak tujukan pada sesiapa penulisan ni. Cuma kadang-kadang nampak macam susah sangat nak cari ilmu. Ilmu pada orang ni mahal. Bukan kita minta mereka datang pada kita, tapi kita yang cari mereka. Itu pun belum tentu mereka nak ajar benda yang betul. Banyak kali juga kena macam ni. Hmm, mungkin benar, ilmu mereka mahal. Tapi jika ilmu yang diajarkan tu, beri manfaat pada orang, bahagia diri mereka! Semakin berkembang ilmu yang mereka ada. insyaAllah!

Apa pun, bukanlah kata nak putus asa cari ilmu. Kena jugak usaha cari. Kalau top-top blogger tu tak mahu kongsikan ilmu mereka, tak apa lah. Itu ilmu mereka. Hak mereka. Yang kita cari, ilmu Allah yang diberikan pada manusia. Itu hak Allah yang dipinjamkan sementara. Itu yang kita cari. Semoga ilmu-ilmu yang dikongsikan, memberikan manfaat pada kami dan supaya ilmu yang dikongsikan, semakin berkembang. Amin.

You Might Also Like

7 comments

  1. singgah petang...
    ada sesetengah tu memang susah nak berkongsi mungkin pada mereka'aku susah² belajar,ko nak senang'tapi ada juga mereka yang tak pernah berkira bila kita tanya,dieorang akan layan dan bantu kita..cuma bilangan nya sangat sedikit...

    BalasPadam
    Balasan
    1. pernah dengar ustaz cakap, semua ilmu yang kita ada ni, milik Allah. sebab itulah, kadang-kadang, benda yang kita buat berpuluh tahun lamanya, kita boleh jadi tiba2 lupa. itu menunjukkan yang ilmu tu bukan milik kita.

      Padam
  2. Betul tu bro...Susah untuk mencari ilmu dari orang yang sudah berjaya...kalau ada pun mungkin berbayar.... Ustaz pernah nasihat, kalau nak pahala kita berpanjangan, cari dan kongsi ilmu yang baik kepada org lain. In Shaa Allah ilmu yang dikongsikan dan di praktikan, pahala yang kita akan dapat sehingga ke alam barzakh sekalipun. Selain itu tanamlah pokok yang boleh menghasilkan buah dan buah itu dimakan oleh haiwan-haiwan maka pahala juga akan kita dapat nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup. betul tu. saya setuju apa yang tuan cakap tu..

      Padam
  3. Mungkin mereka bayar/pergi kelas/ beli ebook utk ilmu tu..
    Susah sikit nak share secara percuma..

    BalasPadam
  4. Pernah jgak alami.. Xpelah, kita tanya pada yg sudi jawabla.. Yg x sudi tu biarlah...

    BalasPadam
  5. btul tu bro..sekarang nie mana ada yg free,huhu,sbb tu sy x pernah pm blogger yg terkenal sbb mereka mana layan novice blogger mcm aku nie..hihihi..
    lgpun..sorry to say lar..mmang blogger kat malaysia nie kedekut ilmu ckit..klau share pun ckit je..lpas tu kna beli ebook..
    sbb tu sy suka google tip in english.x kira lar pasal blog @ adsense.yg saya perasan blogger omputih nie x kedekut ilmu..diaorg share je ape yg mereka tahu..ciap wat video lagi..
    terbalik..spatutnya yg beragama islamnlar yg patut share ilmu lebih kan..huhu.
    eh sorry lar terbebel panjang plak kat cni..hahahah

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email