Seluar dalam jalur gemilang kini dijual di luar negara? - ceritaejoy

Seluar dalam jalur gemilang kini dijual di luar negara?

3:44 PTG

www.ceritaejoy.com

Seluar dalam jalur gemilang kini dijual di luar negara? | Aku sebenarnya tak tahu nak kata apa. Viral gambar pelancong luar negara yang berbogel dan hanya memakai seluar dalam dengan motif bendera Malaysia ketika belangsungnya Formula 1 di sepang baru-baru ni. Ketika tersebarnya gambar ini di laman sosial, ramai netizen yang meluahkan rasa marah kerana terang-terangan memperlihatkan negara malaysia seperti di malukan!

Apa yang bermain di fikiran aku adalah, kenapa mesti seluar dalam? Kalau pun, Malaysia merupakan negara yang boleh dikatakan panas, kenapa tidak mereka memakai seluar pendek dengan singlet bercorakkan bendera malaysia? Bukankah itu lebih bagus? Atau mungkin mereka tidak pasti budaya hidup rakyat malaysia?

Hebatnya! Kata mereka, seluar dalam tersebut di beli di luar negara? Ahha! orang luar meletakkan bendera negara kita pada seluar dalam? Bagaimana perasaan korang rakyat malaysia? Sudah tentu marah kan? Tetapi tahniah buat polis malaysia kerana kesemua daripada mereka kini telah di tahan reman dan sedang menjalani siasatan polis.

Suara kami ni kecil. Apa yang boleh kami buat adalah, mengharapkan pihak kerajaan melakukan sesuatu agar perkara seperti ini tidak berulang lagi. Janganlah, ianya Cuma bersifat sementara. Takut nanti akan muncul lagi kes-kes sedemikian rupa. Baca lanjut.

Polis menahan sembilan lelaki warga Australia kerana memakai seluar dalam bercorak Jalur Gemilang semasa menyaksikan Perlumbaan Grand Prix Formula Satu (F1) Malaysia di Sepang, semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Abdul Aziz Ali berkata kesemua lelaki yang berumur 25 hingga 29 tahun itu ditahan kira-kira pukul 5 petang dan direman selama empat hari bermula hari ini.

“Mereka merupakan pelancong yang masuk ke Malaysia untuk menonton perlumbaan F1.

“Siasatan awal mendapati mereka membeli seluar dalam itu di Australia,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Abdul Aziz berkata kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan niat sengaja mengaibkan bertujuan untuk memecahbelahkan keamanan.

Beliau berkata mereka juga disiasat mengikut Seksyen 14 kanun sama iaitu berkelakuan tidak senonoh di tempat awam.

Gambar sekumpulan lelaki memakai seluar dalam Jalur Gemilang viral di laman sosial sejak semalam dan menimbulkan kemarahan di kalangan netizen.

Pengguna Internet menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan kerana perbuatan itu menghina negara.

- Bernama

You Might Also Like

2 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email