Selamat tinggal kesan degil. - ceritaejoy

Selamat tinggal kesan degil.

11:17 PG

Selamat tinggal kesan degil.

Selamat tinggal kesan degil | Setelah sekian lama dan di tambah lagi dengan nasihat rakan-rakan terdekat, aku memutuskan untuk menghentikan perkhidmatan Popads di blog ceritaejoy. Ini bagi memberi peluang dan tumpuan sepenuhnya kepada trafik dan pembangunan Adsense! Orang cakap, kita nak betul-betul serius Buat Duit Dengan Adsense. hehe.

Lama juga aku gunakan perkhidmatan Popads ni. Merasa jugalah duit USD dengan Popads. Walaupun tak banyak, tapi merasalah jugak kan? Daripada takda. Tapi itulah, bila ramai rakan-rakan blogger malaysia yang memberi cadangan supaya aku lebih fokus kepada adsense, aku memutuskan untuk menghentikan perkhidmatan Popads ni.

Buat Duit Dengan Adsense nampaknya semakin menunjukkan hasil setelah bantuan daripada beberapa rakan blogger dan Sifu Adsense Malaysia. Alhamdulilah. Seronok sebenarnya bila tengok duit USD masuk setiap hari. Kalau dulu, waktu guna akaun hosted, earning nya lambat nak naik, tapi alhamdulilah, bila guna Full account adsense ni, cepat pula naik income tu.

Yang sebenarnya, income Popads pun dibayar dengan USD. Tapi disebabkan earning nya agak sedikit lambat, itu yang aku putuskan nak tutup je akaun ni. Buat apa nak fokus pada banyak perkara kalau 1 perkara dah boleh berikan income yang besar pada kita, betul tak?

Aku juga ada mendapat komen daripada beberapa rakan pembaca blog ceritaejoy. Kata mereka, iklan Popads sedikit menggangu pembacaan mereka. Ahha! Komen macam ni yang kita nak. Pembaca itu sebenarnya lebih penting daripada income daripada blog. Yelah, cuba fikir, blog ada tapi pembaca takda. Kalau pembaca takda, macam mana nak ada income? Betul tak? hehe.

Apa pun! Terima kasih pada Popads. Kita nak cakap yang buruk pasal pengiklanan ni pun, tak boleh juga. Sebab kita dah rasa income darinya. Cukuplah sekadar kita beritahu, earningnya sedikit lambat berbanding pengiklanan lain. Dan juga kita nak fokus pada 1 benda sahaja. Senang! Banyak-banyak benda kalau tak terjaga pun susah jugak, kan?

Orait! Aku doakan juga rezeki korang dengan blog semakin luas dan dipermudahkan. Kita sama-sama cari rezeki dengannya kan? Dan semoga impian korang juga akan terhasil dengannya. Amin..

You Might Also Like

1 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email