Perlu tukar nama sebenar pada akaun Facebook? - ceritaejoy

Perlu tukar nama sebenar pada akaun Facebook?

8:55 PG

www.ceritaejoy.com

Perlu tukar nama sebenar pada akaun Facebook? | Hangat juga isu nama sebenar dekat facebook ni. Kalau sebelum ni, ramai yang cakap ia sekadar khabar angin, tapi sekarang ni, bila dah ramai yang post, akaun facebook kena block sebab guna nama samaran, dah ramai yang terus tukar, guna nama sebenar kat facebook! Jadinya, banyak jugalah akaun rakan-rakan facebook yang kita kurang kenal, yelah, siapa yang kenal nama sebenarkan?

Ada juga mereka yang dah guna nama sebenar, tapi akaun mereka kena block juga. Bila di tanya, katanya, dia gunakan profile picture yang tidak jelas. Ha? Guna gambar yang tidak jelas pun kena block? Nampaknya Mark zuckerberg betul-betul serius kali ni. Terpaksalah rakan ni tadi, gunakan gambar muka yang sangat jelas. Penuh kotak profile picture  tu!

Aku sendiri masih menggunakan nama Haffizul Iskandar pada akaun facebook aku. Juga aku menggunakan gambar yang jelas! Dari kepala bawalah ke kaki, semua boleh tengok. Tapi masih juga ada kerisauan dalam diri aku. Yelah, mana tahu datang tak betulnya, di block nya juga akaun aku? Macam mana? Bukan boleh buat kira Mark zuckerberg ni. hehehe.

Ada yang cakap, ini adalah untuk mengelakkan akaun spam. Part ini aku setujulah. Ada pihak yang tak bertanggungjawab, menyalahgunakan akaun facebook dengan niat ingin mengenakan orang lain atau menghuru harakan masyarakat setempat. Ada pula akaun facebook yang menggunakan gambar orang lain, dengan niat menjatuhkan orang-orang tertentu. Belum kira mereka yang menipu orang lain lagi. Macam-macam.

Bila mark buat macam ni, aku setujulah. Sekurang-kurangnya, kita dapat elakkan masalah seperti ini berlaku. Lagipun, nama sebenar tu kan bagus. Punya makna yang baik. Berbeza dengan nama gelaran. Tapi itulah, bila dah guna nama sebenar, kita perlu ambil masa sikitlah nak kenal rakan-rakan dekat facebook ni.

Kalau rakan sikit, mungkin tak jadi masalah. Tapi kalau ramai sangat, itu mungkin menimbulkan sedikit masalah. Tak kurang juga, ada rakan-rakan yang ketawakan rakan-rakan lain bila dapat tahu nama sebenar mereka. Part tu aku tak mahu masuk campurlah, mungkin mereka ada alasan mereka yang tersendiri.  Cuma, apa yang aku nak kasitahu, aku masih gunakan nama Haffizul Iskandar pada facebook. Dan tiada niat lain untuk buat akaun baru. Ok?

You Might Also Like

1 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email