Patahnya sebelah sayap tu apa? - ceritaejoy

Patahnya sebelah sayap tu apa?

4:26 PTG

www.ceritaejoy.com

Patahnya sebelah sayap tu apa? | Semalam, sebelum tidur, aku belek-belek facebook aku. Aku terbaca 1 status rakan aku. Aku tak ingat susunan ayat dia, tapi yang aku ingat, nama amzar dengan alisha. Ayat dia lebih kurang macam gaduh adik beradik. Kemudian, aku terbaca lagi status rakan lain. Juga menggunakan nama yang sama. Mungkin kerana nama anak mereka sama. Tapi bila aku terbaca, #patahnyasebelahsayap, itu memang pelik! Rupa-rupanya mereka cerita pasal drama kat TV3? Patahnya sebelah sayap??

Adoi! Kenapalah aku boleh tertipu dengan status rakan-rakan ni? Mati-mati aku percaya yang amzar dengan alisha tu anak korang. Adoi! Bercerita dekat facebook beriya betul. Rupanya hanya lakonan drama TV3? Ish! Boleh tahan jugaklah kan drama ni sebab mampu mempengaruhi perasaan penonton dia.

Aku? Aku memang jarang sangat tengok TV. Kadang balik rumah dah jam 2200. Duduk-duduk kejap, mandi, makan, buat apa yang patut kemudian tidur. Anak-anak aku pulak, dah memang ajar, jam 2200 semua masuk tidur. Jadi, kadang-kadang tu, tv dekat rumah kami tak terbuka langsung. Jangan kata, tanpa tv, kita tak tahu apa-apa pasal perkembangan dunia ya!

Sebab apa aku cakap macam tu? Sebabnya internet ada di mana-mana. Dengan handphone, semua perkara kita boleh tahu. Kira macam tak perlu beli surat khabar dah. Baca je dekat handphone. Jadi, jangan pelik kalau aku cakap, aku tak tahu apa tu Patahnya sebelah sayap! Kalau sekali baca, ingat burung la tadi sebab ada sayap. Hahaha.

Dah alang-alang menulis ni, kita carilah sedikit cerita mengenai drama terbaru TV3 ni. ahha! Ummi Nazeera! Aku suka dia! Aku suka senyuman dia. Aku suka bahasa pertuturan dia. Wife! Saya Cuma minat dia sahaja ya! hehehe. Bila tekan je Patahnya sebelah sayap dekat google, terus nampak muka pelakon ni, sejuk hati abang tengok muka ummi. Eh?

Owh! Aku ingat cerita pasal adik beradik, rupanya cerita pencintaan? Amzar tu teman lelaki alisha? Owh! Baru tahu. Ala, cerita drama, haruslah dengan kerjaya yang hebat kan? Ulps! Hehe. Ok! Sinopsis Patahnya sebelah sayap ni, secara ringkasnya adalah:

“ Amzar dengan Alisha tu mulanya sepasang kekasih. Kemudian amzar berjaya jadi peguam. Mereka seronok dan raikan kejayaan amzar. Waktu nak balik tu, mereka terlanggar sesuatu. Amzar tipu alisha dengan katakan dia langgar benda lain, tapi dia dah langgar orang. Cerita mereka masuk surat kabar dan akhirnya alisha kena tangkap dan penjara 2 tahun. Amzar mula janji nak bantu, tapi dia buat tak tahu je sampailah alisha keluar. Dan kemudiannya bermulalah drama air mata, geram semua dari kaca tv ke laman sosial *ok, ini aku tambah* ”

Ha! Sekarang baru tahu Patahnya sebelah sayap tu apa. Adoi! Drama sungguh ya! Jangan tanya daripada mana aku dapat tahu sinopsis cerita ni. Macam yang aku ada cakapkan tadi, sekarang zaman internet, kita tekan je nak cari apa, semua benda terhidang. Ok? Selamat menonton pada semua. Aku? tak minat drama. Hahahaha.

You Might Also Like

4 comments

  1. Hi hi hi penuh emosi tengok Patahnya Sebelah Sayap lakonan Izzu Islam..

    BalasPadam
  2. Drama ni the best antara drama-drama melayu lain hehehe. And cerita ni macam drama korea, Secret.

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. tak! hahaha.. ikhlas cakap ni. anak-anak saya. kul 2200 saya dah ajar tidur. kemudian dunia saya dengan internet sahaja. baca surat kabar pun dekat internet. kalau balik rumah mertua. ha, itulah tgk tv. bila sesekali tengok tu, banyak tanya adik ipar. eh! cerita apa ni? hahahaha.

      Padam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email