Notis penarikan semula produk Susu Marigold HL. - ceritaejoy

Notis penarikan semula produk Susu Marigold HL.

2:52 PTG

Notis penarikan semula produk Susu Marigold HL

Notis penarikan semula produk Susu Marigold HL | Syarikat yang mengeluarkan Susu Marigold HL telah mengeluarkan notis penarikan semula produk mereka selepas menerima maklum balas dari seorang pelanggan yang mengadu rasa coklat susu itu lebih pekat daripada biasa. Aku pun biasa juga minum susu ni, kalau akulah dekat bahagian pengadu tu, mesti tak akan rasa apa-apa. Hahaha. Mungkin aku akan ingat rasa itu normal. Boleh macam tu?

Tapi, hanya Susu Marigold HL yang bertarikh luput sebelum 7 November bagi Semenanjung dan tarikh luput sebelum 11 November bagi Sabah, Sarawak dan Labuan yang ditarik balik serta-merta. Kalau selain daripada itu, tak perlu. Hmm, terfikir juga, kalau dah ada 1 aduan, kenapa tidak mereka ambil semula kesemua produk mereka? Macam mana nak pastikan produk lain juga tidak terkesan?

Kebiasaan, jika terdapat 1 masalah dalam sesuatu produk, kesemua produk akan di tarik balik. Mungkin juga pihak syarikat yang mengeluarkan Susu Marigold HL ni, dah kenal pasti. Hanya tarikh yang dinyatakan sahaja terkesan dengan laporan daripada pembeli tersebut. Mungkin. Walau bagaimanapun, susu ini masih selamat di minum ya!

Baca lanjut.


KUALA LUMPUR: Malaysia Milk Sdn Bhd (Malaysia Milk) menarik balik produk susu Marigold HL 200 mililiter (ml) dan satu liter (l) dari pasaran, berkuat kuasa serta-merta. 

Syarikat itu dalam satu kenyataan berkata, tindakan itu diambil selepas menerima maklum balas pelanggan berhubung produk susu berperisa coklatnya lebih pekat daripada biasa. 

"Walaupun maklum balas pelanggan merujuk secara khusus kepada susu Marigold HL berperisa coklat, kami mengambil langkah proaktif menarik balik produk susu lain, termasuk Marigold HL rendah lemak, berperisa strawberi dan Sterol Tumbuhan.   

"Bagaimanapun, hanya produk susu Marigold HL dengan tarikh luput sebelum 7 November bagi Semenanjung dan tarikh luput sebelum 11 November bagi Sabah, Sarawak dan Labuan yang ditarik balik serta-merta," 

katanya. Menurut kenyataan itu, pasukan unit Kawalan Kualiti dan Pengilangan sudah mengenal pasti punca masalah terbabit dan menyelesaikannya.   

Pelanggan yang sudah membeli produk terbabit dinasihatkan memulangkannya kepada Malaysia Milk dan akan digantikan dengan produk baharu.   

"Malaysia Milk ingin memohon maaf atas segala kesulitan akibat penarikan balik produk kerana aspek kesihatan dan keselamatan pelanggan adalah keutamaan kami," katanya.

You Might Also Like

1 comments

  1. bagus product marigold hl nie. cepat je dorang bertindak. memang kualiti diutamakan. :D

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email