Kidzanias SCARYFUN Festival di Kidzania Kuala lumpur! - Ceritaejoy

Header Ads

Booking.com

Kidzanias SCARYFUN Festival di Kidzania Kuala lumpur!

www.ceritaejoy.com

Kidzanias SCARYFUN Festival di Kidzania Kuala lumpur! | Mungkin ramai ibubapa yang tidak tahu lokasi terbaik buat anak-anak mereka ketika musim cuti sekolah tiba. Oleh yang demikian, lokasi terbaik buat anak-anak adalah taman permainan, zoo negara atau mungkin berkelah di pantai. Apa kata ubah lokasi berkenaan dengan membawa anak-anak ke lokasi ini, Kidzania Kuala lumpur! Dan tahukah korang, sekarang ni ada Kidzania Kuala Lumpur Promotion 2016?

Yang sebenarnya, Apa yang menariknya di Kidzania Kuala lumpur tu? Ini soalan wajib bagi mereka yang tidak pernah sampai ke sini. Aku cuba kongsikan beberapa tarikan istimewa di sini yang mungkin mampu mengubah pemikiran ibubapa diluar sana untuk menukar lokasi percutian cuti sekolah anak-anak mereka nanti. Hehehe.

Apa yang menariknya di Kidzania Kuala lumpur?


Baiklah. Di Kidzania Kuala lumpur, anak-anak kalian boleh merasai pengalaman sebenar dalam pelbagai profession. Terdapat lebih 90 profession bekerja dalam ekonomi yang sebenar! Contohnya, anak-anak minat nak jadi bomba. Di sini, mereka akan merasa pengalaman sebenar sebagai seorang anggota bomba! Hebat bukan?

Selain itu, di sini, minda anak-anak juga akan dilatih supaya sentiasa berfikiran positif. Ini adalah kerana, anak-anak akan didedahkan dengan scenario kehidupan sebenar apabila mereka dewasa kelak. Ini mampu melatih tindak balas mereka terhadap persekitaran. Pengalaman dalam situasi sebenar juga mampu melatih anak-anak membuat keputusan sendiri dan membangunkan budaya pembelajaran berterusan & akauntabiliti!

Kidzania Kuala Lumpur Promotion 2016!


Terbaru! Di Kidzania Kuala Lumpurberlangsungnya Kidzanias SCARYFUN Festival! Yang mana, ia menguji keberanian & naluri anak-anak anda ketika berhadapan dengan ketakutan! Ini sudah pasti memberikan anak-anak kita satu pengalaman paling bermakna buat mereka!

Apa yang lebih menarik pada aku adalah, suasana kehidupan “survivor” yang perlu di tempuh oleh anak-anak jika suatu masa nanti, bumi ini di serang oleh zombie! Anak-anak akan di ajar untuk mencari “limited cure bottles” yang tersembunyi. Ini mampu melatih kemahiran dan kecerdasan mereka untuk mencari. Dan yang lebih penting adalah! Keputusan mereka. Apakah mereka akan membantu rakan-rakan mereka atau menyelamatkan diri mereka sendiri!

Banyak lagi yang menarik dalam promosi Kidzanias SCARYFUN Festival ini! Suatu pengalaman yang tidak mungkin di perolehi di tempat lain! Festival ini berlangsung dari 1st September sehingga 30th September 2016! Jadi jangan lepaskan peluang anda! Berikan anak-anak anda suatu pengalaman berbeza hari ini! Tempah tiket anda hari ini!

www.ceritaejoy.com

loading...

Tiada ulasan

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com