Kenali penganti Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn. - ceritaejoy

Kenali penganti Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn.

10:55 PG

Bhumibol Adulyadej dies

Kenali penganti Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn | King Bhumibol Adulyadej dari Thailand, yang memegang gelaran raja paling lama memerintah di dunia, telah meninggal dunia pada usia 88 tahun. Mengikut satu kenyataan dari istana diraja Thailand, dengan kemangkatan raja Thailand ini, anaknya Putera Mahkota Maha Vajiralongkorn telah dinamakan sebagai raja baru di negara gajah putih itu. Tidak banyak info yang aku perolehi mengenai raja baru ini, namun beberapa perkongsian ini mungkin dapat menjelaskan beberapa perkara mengenai Maha Vajiralongkorn.

King bhumibol adulyadej biography


Bhumibol Adulyadej

Sedikit mengenai raja Thailand ini, Bhumibol Adulyadej dilahirkan di Cambridge, Massachusetts pada 5 Disember 1927. Bapanya, Prince Mahidol Adulyadej, ketika itu sedang belajar di Harvard apabila anaknya dilahirkan. Keluarga ini kemudian kembali ke Thailand, di mana bapanya meninggal dunia ketika dia berusia dua tahun.

Pada tahun 1946, King Ananda *Raja Thailand ketika itu dan abang kepada Bhumibol Adulyadej* telah meninggal dunia dalam 1 eksiden tembakan di istananya di Bangkok dan sehingga kini ianya masih menjadi misteri. Bhumibol kemudiannya menaiki takhta ketika berusia 18 tahun. Semasa lawatan beliau ke Paris, beliau telah bertemu dengan bakal isterinya, Sirikit, anak perempuan Duta Thai di Perancis ketika itu. Pasangan itu kemudiannya berkahwin pada 28 April 1950.

Crown Prince Maha Vajiralongkorn.

Maha Vajiralongkorn

Buat masa ini, Maha Vajiralongkorn menjadi perhatian dunia kerana bakal mengantikan tampuk pemeritahan Thailand, menggantikan King Bhumibol Adulyadej. Namun Vajiralongkorn telah memohon penanguhan sementara untuk menaiki tahkta. Ini adalah kerana dia ingin bersama-sama rakyat Thailand merasai kesedihan yang amat kuat kerana kehilangan seorang raja yang sangat dikasihi.

King Bhumibol's family tree

2. Satu-satunya waris lelaki.

Maha Vajiralongkorn Dilahirkan pada tahun 1952 di Royal Palace Dusit Bangkok. Beliau merupakan satu-satunya waris lelaki bagi King Bhumibol dan Queen Sirikit. Beliau menghabiskan sebahagian besar kehidupan remajanya di kolej swasta di Eropah dan Australia. Kerjaya beliau dalam angkatan tentera melihat dia kembali ke Thailand sebagai juruterbang tentera.

3. Kebimbangan terhadap skandal.

The Crown Prince ini telah terbabit dalam beberapa skandal sebelum ini, dan ramai menyangka bahawa ramai rakyat Thailand lebih suka adik perempuannya, Princess Maha Chakri Sirindhorn, 61, untuk menaiki takhta - walaupun wanita tidak dalam garis penggantian bagi monarki Thai. Namun, ramai yang merasakan juga, Maha Vajiralongkorn akan berubah apabila menaiki takhta kelak.

Tidak banyak sebenarnya info mengenai bakal raja Thailand ini, Maha Vajiralongkorn yang dikongsikan di laman media. Mungkin juga kerana undang-undang di sana yang tidak membenarkan perkongsian mengenainya. Namun, pastinya, rakyat Thailand menerima baik penganti raja ini yang telah diumumkan sejak tahun 1972 lagi.

Apa pun, kehilangan King Bhumibol Adulyadej adalah sesuatu yang sangat dirasai oleh semua rakyat Thailand dan juga di mana-mana sahaja. Seorang raja yang berjiwa rakyat yang pastinya tidak akan ada pengantinya.

You Might Also Like

4 comments

  1. Balasan
    1. erks.. stylo ke? yang sebelum ni lagi hebat pengaruh dia. lagi besar stylo dia. hehehehe

      Padam
  2. nih ke raja yang badan nye bertatu kat airport tu ? hee~

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup. tapi tu bukan tattoo betul..temporary tattoo je.. ada dalam laman web luar negara cerita pasal tattoo tu. hehehe

      Padam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email