Jumpa puluhan juta ringgit dalam almari. - ceritaejoy

Jumpa puluhan juta ringgit dalam almari.

10:45 PG

www.ceritaejoy.com

Jumpa puluhan juta ringgit dalam almari | Viral kisah pengarah jabatan air sabah yang di tangkap kerana kes rasuah. Cerita ini jadi lebih viral dengan penemuan puluhan juta ringgit di dalam almari. Bayangkan wang-wang yang di ikat itu tak ubah seperti kertas kosong. Terlalu banyak! Hinggakan tidak mampu difikirkan oleh orang biasa sehinggalah kami melihat gambar-gambar yang tersebar di laman sosial.

Bayangkan sebelum ni, kami Cuma melihat gambar-gambar wang yang di ikat sebegitu banyak hanya berlaku di luar negara! Rupa-rupanya malaysia pun ada kes macam ni? Baru kami rakyat bawahan tahu. Bayangkan, wang tunai sebanyak RM52j tersimpan di celah-celah almari, rak tv, merata! Banyaknya duit!!

Dan boleh kedengaran di mana-mana, kalaulah orang biasa macam kami ni dapat sebuku wang tunai tu, dah rasa cukup bersyukur. Macam mana lah perasaan mereka yang di tangkap tu? Berjuta-juta ringgit! Dan ada pula mulut-mulut mereka yang mengata, dengan jumlah wang sebanyak itu, takut nanti, mereka yang mengira wang tu, ambil sedikit belanja buat mereka. Bab itu aku taknak komen.

www.ceritaejoy.com

Daripada berita yang aku baca, ceritanya, pengarah tersebut banyak memberikan projek air kepada kerabatnya. Ada juga komen yang aku baca di laman sosial, yang mengatakan negeri mereka sendiri kerap mengalami masalah air. Adakah mungkin ianya ada kaitan dengan isu rasuah terbesar ini? Aku bukan sesiapa yang sangat memahami isu ini, jadi aku tak boleh nak cerita banyak.

Cuma fokus aku adalah, wang tunai puluhan juta ringgit dalam almari tu. Bila tengok yang tertangkap itu adalah pengarah jabatan air sabah, aku mula terfikir, pengarah, tetapi ada wang puluhan juta ringgit. Bukan sikit, banyak! Tak tahu macam mana mereka belanjakan wang tu. Bila dah terlalu banyak, simpan sahajalah di mana-mana.

www.ceritaejoy.com

Tapi ikut kata pepatah, tupai pun jatuh ke tanah. Sama halnya dengan kes ini lah. Akhirnya tertangkap. Aku tertarik dengan kata-kata seorang rakan FB semalam. Katanya, beliau nak singgah kedai burger waktu balik kerja pun fikir 2-3 kali. Sebabnya, wang ada yang harus di belanjakan dengan baik. Macam mana pulak rasa mereka yang simpan wang puluh juta dalam almari ni?

Kalau di bantu orang susah dekat area sana, pasti tiada lagi masalah miskin tegar! Wang yang ada terlalu cukup untuk membantu mereka. Tapi apakan daya. Orang miskin tetap miskin. Yang kaya terus menjadi kaya.

You Might Also Like

3 comments

  1. Byknyaaa duit phewww. Mcm mana la dorang blh songlap byk ni huhuhu

    BalasPadam
  2. Aduh..malu nya..habis satu keluarga terpalit tu..kesian rakyat nya..

    BalasPadam
  3. Kan byk betul duit...zaman sekarang yg kaya btambah kaya

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email