Jaga jaga. - ceritaejoy

Jaga jaga.

9:06 PG

www.ceritaejoy.com

Jaga jaga | Katanya keyword ini mendapat di antara tempat teratas dalam kata carian. Mungkin di sebabkan oleh ianya adalah tajuk lagu, Jaga Jaga Amira Othman. Tapi harini, dalam blog ceritaejoy, aku bukan nak cerita pasal lagu ni, tapi mengenai kes rompakan yang betul-betul berlaku depan post guard! Korang dah tengok video tu? Seorang lelaki berparang, merompak sekumpulan gadis betul-betul depan post guard. Kejadian ini telah berjaya di rakam oleh kamera tertutup dan pihak polis sedang giat mengesan suspek.

Baik. Apa yang boleh korang ungkapkan atau mungkin, apa pandangan korang dengan kejadian seperti ini? Rata-rata komen yang aku baca di laman sosial, ramai yang cakap malaysia dah tak selamat! Itu komen standard pada aku. kalau ada kes rompakan ke, rogol ke, orang akan cakap macam ni. Tapi kita semua kena juga tengok, kenapa benda macam ni boleh berlaku.

Aku bukanlah nak kata baik sangat. Tapi nak ajak semua orang sama-sama berfikir. Kita pergi pada kes rogol dulu. Kenapa boleh jadi sampai bunuh membunuh tu? Sang perogol dah memang salah. Tapi kenapa dia boleh jadi sampai macam tu. Kita bercakap mengenai punca masalah ya. Fokus kita pada punca masalah.

Pada aku, jika tak memberi pasti tak akan menjadi. Kadang tengok gadis-gadis berpakaian sekarang ni, tak boleh nak kata apa la. Yang berpakaian menutup penuh pun kadang-kadang menampakan tubuh mereka. Berbaju longgar? Kadang kena pulak kat wangian. Bau mereka mampu menaikkan nafsu orang. Pakai baju longgar, tak pakai minyak wangi? Bahasa tubuh pulak, kadang cara percakapan, itu semua jadi punca kepada masalah.

Pergi pulak pada orang lelaki. Pengaruh kepada video porno. Kalau dah hari-hari tengok, setiap masa berfikir, itu yang jadi sampai macam tu sekali. Kemaruk! Kena pula terpengaruh dengan adegan “lakonan” dalam filem porno tu. Jumpa gadis kat mana-mana kemudian culik dan rogol. Itu semua punca kepada masalah mental sebenarnya!

Berbalik semula pada kisah jaga jaga tu tadi. Bukan Jaga Jaga Amira Othman! Tapi kita ni, sentiasa berjaga-jaga dengan keadaan sekeliling. Jangan pernah memberikan ruang kepada orang untuk mencuba. Kalau korang tengok video tu. Kenapa perlu bukak cermin tingkap seluas itu? Ok, dah biasa dengan kawasan tersebut? Sebab alasan tu, lihat apa yang terjadi? Kena rompak.

Kemudian, kenapa tak peka dengan kenderaan lain. Kita, kalau nampak kereta belakang lama je berhenti atau ikut, dah boleh was-was. Melainkan kita kenal pemilik kenderaan tu. Yang sebenarnya, semuanya bermula dengan kita. Tak salah kalau kita sentiasa berada di dalam keadaan berjaga-jaga. Nak salahkan siapa kenapa perkara macam ni terjadi?

Ramai yang akan cakap, salah ekonomi. Semakin mendesak rakyat. Itu orang akan cakap. Tapi, kenapa tidak ada usaha dalam diri sendiri? Kadang dah usaha, tapi tak berjaya? Banyak peluang kerja di ambil pekerja asing? Majikan pilih bulu? Ini pun 1 hal juga. Kadang nak bercerita pasal ni pun, aku takut. Sebab tak tahu nak salahkan siapa.

Apa pun, bantulah sesama kita mana yang termampu. Dan bersatulah sesama kita. Pada aku biarlah hilang harta daripada nyawa. Kalau benda dah nak jadi, biarlah harta yang hilang. Kalau boleh pertahankan, pertahankanlah. Kena sentiasa berjaga-jaga dengan keadaan sekeliling. Jangan mudah percaya dengan orang. Sebabnya, terkadang orang yang paling dekat itulah yang paling berbahaya.

Dunia semakin penat.

You Might Also Like

3 comments

  1. Salam jumaat...
    pengalaman nieyl baru² nie...masa nak pergi kereta time waktu kerja...
    ternampak kelibat seorang lelaki naik moto berhenti betul² belakang kereta nie...
    nieyl terus patah balik panggil en.husband...walaupun kita tak tahu kenapa org tu ada dekat situ,sekurang-kurangnya kita berhati-hati dan jangan terlalu berani sgt untuk terus pergi ke kereta. Lagi² kalau perempuan ya...bahaya sgt..lepas en.husband datang,orang tu terus pergi.. jadi sejak itu la diri ini kadang² sgt berjaga-jaga... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha, betul tu. jangan terlalu berani ya! kena sentiasa pastikan ada orang bersama dengan kita. bahaya sekarang ni, orang sanggup buat apa sahaja.

      Padam
  2. Saya kalau jalan sensorang mesti baca ayat kursi ... Takottt ...

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email