Isu makan harta anak yatim - Ceritaejoy

Header Ads

Booking.com

Isu makan harta anak yatim

makan harta anak yatim

Isu makan harta anak yatim | Semakin menjadi-jadi dan panas isu makan harta anak yatim yang kini sedang viral di laman sosial. Nama faizz nur menjadi top search dan sebutan di kalangan netizen. Aku yang tak tahu apa-apa, terus jadi ingin tahu bila ramai kawan-kawan yang berbual pasal ni kat smoking area. Cerita dia, lelaki ini tidak amanah. Dengan membelanjakan wang sumbangan orang ramai untuk kegunaan peribadi. Ini cerita dari mulut ke mulut dan melalui perkongsian di media sosial ya.

Kalau kita tengok perkongsian di laman sosial, cerita dia, faizz nur ada buat kutipan sumbangan untuk anak-anak arwah abang dia. Dan sumbangan orang ramai dikabarkan berjumlah RM300,000. 1 jumlah yang sangat besar! Dan terbaru, kakaknya tampil memberitahu media, wang sumbangan tersebut tidak sampai kepada diri kanak-kanak tersebut. Sebaliknya digunakan untuk perbelanjaan diri dan keluarga.

Ok, apa perasaan korang bila baca cerita macam ni? Yes! Mesti marah kan? Mesti pelbagai kata-kata pujian yang ingin korang cakap kan? Dan kalau kita tengok dekat laman sosial Faizz nur, memang ramai orang yang komen. Semuanya sebab cerita mengenai beliau tidak amanah dan makan harta anak yatim. Betul tak? lebih-lebih lagi, duit sumbangan tu diberikan bukan untuk dia tetapi untuk kanak-kanak malang tu.

Aku tak mahu cerita banyak mengenai hal ini. Sebabnya aku sendiri pun tak tahu cerita sebenar. Cerita yang aku kongsikan ni pun adalah berdasarkan perkongsian di laman sosial. Kabarnya kes ni dah masuk mahkamah. Jika benar bersalah, biar hakim sahaja yang tentukan. Jika benar seperti apa yang orang ceritakan, Biar Allah sahaja yang menghukumnya.

Memang betul, hati siapa yang tak sakit bila baca cerita makan harta anak yatim ni. Semua orang pun pasti marah. Tapi, biarlah kemarahan kita itu tidak memakan diri sendiri. Dalam erti kata lain, seperti perkongsian di laman sosial, jika anda salah seorang yang menderma masuk ke dalam akaun tersebut, dan punya bukti yang kukuh, silalah tampil.

Jika itu kebenarannya. Aku tak sokong mana-mana. Tapi jika ceritanya benar, aku lebih berpihak kepada anak yatim tersebut. Cuma, biar pihak berkuasa yang tentukan. Kes dah pun di rujuk kepada mahkamah. Dan jika benar seperti apa yang dikongsikan, semoga Allah membuka hatinya. Cukup setakat itu. ya!
loading...

2 ulasan:

  1. itulah, orang camni pun ada. kesian budak2 tu, masa depan mereka yang wajar dipentingkan

    BalasPadam
  2. hmmmm macam macam dunia sekarang ni

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com