Ingin travel ke Canada? - ceritaejoy

Ingin travel ke Canada?

7:23 PTG

www.ceritaejoy.com

Ingin travel ke Canada? | Semua orang pastinya ingin mengembara. Sama halnya dengan aku. Dan bila di tanya di manakah lokasi pengembaraan idaman, rata-rata orang akan memilih jepun. Ada juga yang memilih untuk travel ke Switzerland. Semuanya dengan alasan bentuk muka bumi negara tersebut. Namun aku tertarik dengan penulisan seorang rakan blogger yang telah mengembara ke Canada. Apa yang menariknya di sana? Disebabkan aku sendiri masih belum berkesempatan ke sana, apa kata kita tengok-tengok dulu apa yang ada di sana. Jom! Travel to Canada!

Sebelum kita kenal pasti, apakah lokasi menarik di sana, jom kita tengok dulu muka bumi Canada.

Canada map


www.ceritaejoy.com

Hahaha. Kalau tak tengok canada map ni, memang sampai bila-bila pun aku tak tahu Canada ni berjiran dengan United States dan di sebelah dengan Greenland. Jangan terpedaya dengan nama Greenland ni ya! Nama sahaja tanah hijau, tetapi ini adalah negara salji! Maksudnya penuh dengan salji! Jangan tak tahu ya. hehehe.

Orait. Ini fakta ya! Bila sebut mengenai negara ni, perkara yang paling banyak diperkatakan adalah mengenai Prime Minister of Canada, Justin Trudeau! Apa yang istimewanya beliau? Ahha! Beliau dikatakan sebagai perdana menteri paling handsome di dunia. Ye ker? Hmm, yelah kot. Ada rupa. Ada jawatan. Kan pakej tu? Hahahaha.

www.ceritaejoy.com

Ok. Sebelum travel to Canada, jom ambil tahu serba sedikit mengenai negara ini. Jarak perjalanan dari Malaysia ke canada adalah 20jam! Sekali lagi, 20 jam! Itu kalau tengok dalam google maps la. Tapi melalui bacaan di blog rakan-rakan yang pernah sampai ke sana. Ada yang kata jarak perjalanan dari malaysia ke Canada adalah 24jam! Ha?? Lamanya! Naik flight 2jam dari malaysia ke Bangkok pun dah rasa cukup lama. Berdoa supaya cepat sampai, ini sampai 24jam? Wow!

Sedikit info mengenai negara ini, Canada adalah sebuah negara Amerika Utara bermula dari AS di selatan hingga ke Bulatan Artik di utara. Terdapat beberapa bandar besar di sana antaranya adalah Toronto, Vancouver, Montréal, Québec, dan ibu negeri, Ottawa. Canada merupakan negara kedua terbesar di dunia! Dan penduduknya kebanyakannya adalah orang luar yang datang berhijrah di sini. Jangan tak tahu ya, melalui bacaan, ramai juga rakyat malaysia yang menetap di sana!

Apa yang menariknya di Canada? *what best in Canada*

www.ceritaejoy.com

Ini soalan biasa orang akan tanya, apa yang menariknya di Canada ni? Pernah dengar Niagara Fall? Bangunan pencakar langit yang bakal mengantikan burj khalifa. Eh! Bukan-bukan. hehehe. Niagara Fall adalah nama kolektif untuk tiga air terjun yang terletak di sempadan antarabangsa antara Kanada dan Amerika Syarikat. Atau lebih khususnya, antara wilayah Ontario dan the state of New York. Selain itu, di Ottawa, terdapat banyak bangunan dengan senibina yang menarik!

Selain itu, bagi mereka yang menggemari pemandangan semulajadi, korang boleh ke Banff yang terletak di Alberta. Ia adalah taman negara pertama Kanada. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Antaranya, hiking, ski, berdiri bebas di atas tiang batu kapur yang dikenali sebagai hoodoos, berbasikal di sepanjang Healy Creek dan macam-macam lagi aktiviti lain.

Macamana pula dengan makanan halal? *halal food in Canada*

Ini di antara masalah paling utama bagi orang muslim ketika travel ke luar negara. Mencari makanan halal. Jangan risau kalau travel to Canada. Kerana banyak terdapat makanan halal di sana. Ini adalah kerana, ramai orang islam yang datang berhijrah ke sini. Apa yang penting kita perlu rajin mencari di manakah lokasi-lokasi restoran halal ini. Atau boleh juga periksa di sini : canadianhalalfoods.

Beberapa tips mudah untuk travel to Canada.

Ok. Kita sama-sama belajar la ye. Sebagai ilmu jika kita berpeluang melancong ke sana. Perkara paling utama adalah kena tahu kadar tukaran wang. Canada menggunakan matawang Canadian dolar *CAD*. Kadar tukaran wang saat entry ini di tulis adalah bersamaan 1 CAD= MYR3.12. Canada juga merupakan salah sebuah negara dengan cukai yang tinggi.

Selain itu, Canada merupakan negara 4 musim. Bila sebut 4 musim ni, kenalah tahu, bila waktu yang sesuai untuk melancong. Jangan nanti, sampai di sana musim salji tapi tak bawa baju sejuk. Untuk elakkan perkara seperti ini berlaku, ini adalah panduan buat anda jika ingin travel to Canada.

  • Musim luruh : September.
  • Musim sejuk : Disember
  • Musim bunga : Mei.
  • Musim panas : Julai

Jadinya, sekarang ni di Canada adalah musim luruh ya! Bila musim luruh membawa ke musim sejuk, cuacanya sudah sedia sejuk dan berangin. Oleh yang demikian, jika ada yang merancang untuk travel to Canada dalam masa terdekat, silalah bersiap sedia dengan pakaian sejuk anda!

Oklah. Ini adalah serba sedikit info yang boleh aku kongsikan jika ada yang berkeinginan untuk travel to Canada. Walaubagaimanapun, aku akan cuba menulis secara penuh lokasi-lokasi menarik yang boleh kita kunjungi dan lawati apabila melancong ke Canada. Juga beberapa hotel yang boleh kita kunjungi berpandukan pengalaman rakan-rakan yang pernah sampai ke sana. Semoga impian kita semua menjadi kenyataan! Amin!

You Might Also Like

7 comments

  1. Uisss banyak belanja tu kalau ke canada.. hehe.. teringin juga tapi apa kan daya... Ekekee

    BalasPadam
  2. wah ...asyik ni bisa jalan - jlan ke Kanada... ajak - ajak lah....

    BalasPadam
  3. Good sharing...

    Seronok juga kalo dapat menetap kat Canada..
    Tapi tu la.. CUkai pula tinggi.. :D

    BalasPadam
  4. kena ade duit dulu baru boleh pergi

    BalasPadam
  5. content niche canada cpc tinggi.. 1 klik blh dapt 50usd

    BalasPadam
  6. kalau ada rezeki bestnya boleh pi

    BalasPadam
  7. Insyallah tahun depan menetap di canada... ikot encik suami keje sane.. saskatchewan regina...

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email