Hati-hati dengan fenomena air pasang besar oktober ini! - ceritaejoy

Hati-hati dengan fenomena air pasang besar oktober ini!

12:11 PTG

www.ceritaejoy.com

Hati-hati dengan fenomena air pasang besar oktober ini! | Rasa risau pula bila baca berita mengenai air pasang besar ni. Walaupun amaran ini tidak dikeluarkan bagi negeri Melaka, tapi Melaka pun ada laut juga! Pun kena juga berhati-hati. Amaran fenomena air pasang besar oktober 2016 ini dikeluarkan bagi kawasan Klang, Kuala Langat, Sepang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam. Jadi mereka yang berada di lokasi yang dinyatakan ini, sila berhati-hati ya!

Bila terbaca berita fenomena air pasang besar ni, teringat pula ayat-ayat ni, kalau takut di lambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Tapi kalau ombak yang datang, ombak tsunami, hati siapa yang tak gentar kan? mengucap panjang kita! Terbaru, ombak besar yang melanda busan korea *busan korea typhoon* juga suatu yang menakutkan! Kalau tengok video amatur, yang dirakam seorang penduduk di sana, ombak yang datang tidak boleh di baca!

Tak boleh di baca dalam erti kata lain, kita nampak ombak tu sedikit luar biasa daripada ombak biasa. Tapi tahu-tahu je, di belakang ombak sedikit luar biasa tu, ada ombak yang sangat luar biasa yang mampu memusnahkan segala apa yang ada hanya dalam sekelip mata! Bukankah ianya sangat menakutkan?

Sama halnya dengan apa yang berlaku di Pulau pinang suatu masa dulu. Tapi itu tsunami la. Ombak besar juga kan? Masih perlu juga berhati-hati. Jadi, bagi mereka yang berada di kawasan seperti yang aku ada sebutkan di atas tadi, sila ambil langkah berjaga-jaga ya! Takut juga, dalam kita sedar dan tak sedar, tahu-tahu air laut dah naik sampai ke paras katil. Ha, siapa tahu? Kan?

Aku takut! Ya! Aku takut berumah di tepi pantai. Sebab tu aku beli rumah atas bukit. Hahaha. Teringat waktu aku bercuti di Grand Lexis Port Dickson, ambil bilik nun hujung ke tengah laut. Waktu subuh tu, hujan renyai. Bila selak langsir, tengok air laut macam dekat je kat cermin tu. Waktu tu, rasa macam nak ajak je wife jalan kaki sampai darat walaupun waktu tu, subuh. Punyalah takut dengan laut. Hahaha.

Oklah. Ini kalau aku terus bercerita, memang ke laut jadinya. Sekali lagi, Amaran fenomena air pasang besar oktober 2016 telah dikeluarkan bagi kawasan Klang, Kuala Langat, Sepang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam. Oleh yang demikian, langkah berjaga-jaga perlu di ambil bagi penduduk sekitar. Ok?

You Might Also Like

3 comments

  1. kena buat preparation awal mcm ni. just in case betul2 jadi. harap2 yg berumah tepi pantai tu dah ambil langkah berjaga2 dari awal.

    BalasPadam
  2. hujung tahun memang sentiasa kena alert,
    terutama bahagian pantai timur,
    dah boleh dah nak borong stok makanan nie.

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email