Cara paling mudah masak nasi ayam - ceritaejoy

Cara paling mudah masak nasi ayam

12:04 PTG

www.ceritaejoy.com

Sumber : Google.

Cara paling mudah masak Nasi Ayam | Nasi ayam! Memang sedap! Tapi senang ke nak masak nasi ayam ni? Ahha! Hari ni, aku nak kongsikan Cara Masak Nasi Ayam Yang Mudah! Lepas baca entry ni, bolehlah kita hari-hari makan nasi ayam! Yang sebenarnya, tak susah mana pun nak masak nasi ayam ni. Main campak-campak je bahan-bahan dia, dah siap! Hehe! Haip! Jom aku kongsikan cara paling mudah masak nasi ayam!

Resepi Nasi Ayam Sedap.


Dah kata pun cara paling mudah masak nasi ayam! Jadinya setiap perkara haruslah mudah dan senang kan? Mula-mula, kita tengok bahan untuk buat sup dulu.

Bahan-bahan untuk buat sup!

1 ekor ayam - buang kulit dan potong 4
1 biji bawang besar kuning - hiris
3 bawang putih - hiris
2 inci halia - hiris
Sup bunjut
Sedikit bawang goreng
Daun sup
Garam

Ok! Sekarang cara nak masak sup pulak! Masukan kesemua bahan-bahan tu dalam periuk! Tada!! Siap! Hehe. Bukan-bukan, ini cara yang betul nak buat sup ayam.

Tumis bawang hiris, halia dan sup bunjut sehingga wangi. Masukkan ayam dan masak sehingga air ayam kering. Masukkan air secukupnya dan rebus sehingga ayam masak. Masukkan bawang goreng, garam dan sedikit perasa. Tutup api dan keluarkan ayam. Semasa hendak dihidangkan, tabur daun bawang/daun sup

Ok. Aku dah kongsikan cara nak buat sup ayam. Sekarang jom kita belajar pulak Cara Masak Nasi Ayam Simple ni. Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

Beras - basuh dan tos
Kuah sup
Daun pandan

Eh? 3 bahan je nak buat nasi ayam? Yelah, 3 bahan tu je, habis tu nak berapa banyak lagi kan? Dah nama pun cara paling mudah masak nasi ayam. Jadi kita ambil cara yang paling mudah lah kan? Hehehe.

Cara nak masak adalah masukkan air rebusan ayam dan daun pandan, kemudian masak dalam rice cooker sehingga nasi masak. Setelah nasi masak, buatkan 2 lubang pada nasi dan masuk 2-3 sudu besar mentega ke dalamnya. Tutup semula dengan nasi. Akhir sekali, kacau rata.

Ok! Dah siap nasi dengan sup. Langkah terakhir adalah ayam. Eh! Bukan nasi ayam lah kalau tak ada ayam kan! Kalau makan dengan ikan, dah jadi nasi ikan nanti. Hehehe.

Ayam yang direbus tadi, korang lumurkan dengan kicap kemudian goreng. Kemudian boleh dipotong mengikut kesesuaian. Yang makan besar-besar macam tu pun boleh. Ikut selera masing-masing lah ye. Hehe. Kemudian! Eh! Semua dah siap, tunggu apa lagi, makan lah! Hehehe. Hidangkan juga dengan salad, tomato dan timun ya!

Dah siap kongsikan cara paling mudah masak nasi ayam. Amacam? Mudah kan? Orang bujang pun boleh masak sendiri dekat rumah. Bolehlah tukar menu maggi kari dengan maggi goreng tu. Hehehe. Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada semua ya!

You Might Also Like

2 comments

  1. haha. ada juga respi nak masak nasi ayam ek

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha.. kadang, tak tahu nak cerita apa dekat blog, kita ceritalah apa yang terlintas kat fikiran kita ni. nama pun ceritaejoy, jadinya, cerita sahajalah. hehehehe

      Padam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email