Cara mudah untuk tahu akaun adsense dah berapa lama. - ceritaejoy

Cara mudah untuk tahu akaun adsense dah berapa lama.

9:03 PG

www.ceritaejoy.com

Cara mudah untuk tahu akaun adsense dah berapa lama | Waktu aku jalan-jalan dekat page Adsense Malaysia, ada seorang rakan yang bertanyakan mengenai soalan, akaun adsense dah berapa lama ya? Soalan itu bukanlah pada aku, tetapi aku sendiri tertanya-tanya. Macam mana nak tahu akaun adsense kita ni dah berapa lama? Cara paling mudah orang buat adalah, cari semula email pengesahan yang di hantar adsense.

Tetapi, kalau dalam email tu ada beratus atau beribu email, kan susah nak cari. Kan? Tapi macam yang aku ada cakap tadi, ramai orang akan guna cara yang ini. Apa pun, aku akan kongsikan juga Cara mudah untuk tahu akaun adsense dah berapa lama. Caranya adalah masuk ke dalam email, gunakan fungsi carian, dan cari email ini : adsense-noreply@google.com.

Korang mesti akan jumpa dengan banyak email yang menggunakan carian ini. Pilih email yang menyatakan pengesahan adsense. Dari situ korang akan dapat tahu akaun adsense korang dah berapa lama. Senang kan? Memang agak leceh tetapi inilah cara yang paling ramai orang guna untuk kenal pasti akaun adsense mereka dah berapa lama.

Ok! Cara kedua adalah. Cari entry melibatkan adsense. Biasalah blogger, semua benda mereka akan cerita dalam blog kan? Sama halnya dengan aku, aku pun ada cerita mengenai pengesahan pihak adsense yang menyatakan blog ceritaejoy telah lulus permohonan untuk mendapatkan akaun adsense.

Jadi cari sahaja post tersebut. Dan daripada situ kita akan tahu akaun adsense kita ni dah berapa lama. Tapi, tahukah korang, ada cara yang lebih mudah daripada yang cara yang mudah tadi? Ahha! Ini lagi tepat daripada cara kedua-dua tu tadi. Hehehe. Macam mana nak tahu? Jom aku tunjukkan caranya.

www.ceritaejoy.com

Mula sekali, kenalah Login akaun adsense korang. Kemudian klik pada bahagian Performance reports dekat atas tu. Ok, dah klik?

www.ceritaejoy.com
Ok. Sekarang nampak tak perkataan Last 7 days pada bahagian kanan tu? Bawah Add to My report. Ok klik situ.

www.ceritaejoy.com

Kemudian akan keluar macam dekat gambar atas ni. Klik pada bahagian All time. Jelas tak setakat ni? Ada yang tak faham? Hehehe.

www.ceritaejoy.com
Orait. Maka akan keluarlah seperti ini. Nampak dekat situ tarikh mula-mula blog ceritaejoy dapat kelulusan adsense. Dan kalau ada yang bertanya, akaun adsense aku dah berapa lama, aku dengan yakinnya akan jawab 6 Nov 2014. Hehe. Tapi waktu itu guna akaun Hosted lagi. So! Akaun adsense korang dah berapa lama?

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email