Cara mudah buat Jemput-jemput ikan bilis goreng. - ceritaejoy

Cara mudah buat Jemput-jemput ikan bilis goreng.

12:13 PTG


Sumber : Google

Cara mudah buat Jemput-jemput ikan bilis goreng | Hahaha. Sesekali kita cerita pasal Resepi Dapur Orang Bujang, apa salahnya kan? Tapi aku bukanlah orang bujang tau! Maksud resepi orang bujang tu, resepi mudah masak. Orang bujang kan biasa masak simple-simple. Asal dapat kenyangkan perut, dah cukup baik. Jadinya, fahamkan dengan istilah resepi orang bujang tu. Orait! Kali ni, aku kongsikan cara mudah nak buat Jemput-jemput ikan bilis goreng.

Resepi Jemput Ikan Bilis mudah!


Kenal jemput-jemput? Bukan jemput datang rumah ye. Ala, kuih yang diperbuat daripada tepung gandum tu. Biasa orang buat waktu pagi dengan petang. Kena pula ada sambal dengan air teh! Memang cukup rasalah orang kata! Lagi pulak, nak buat Jemput-jemput ikan bilis goreng ni tersangatlah mudah. Semudah ABC. Tak mustahil lah kenapa resepi ni selalu jadi pilihan.

Perkara pertama sebelum nak buat Jemput-jemput ikan bilis goreng ni kenalah sediakan bahan-bahan dia dulu. Ok. Jom tengok apa yang perlu ada:

Tepung secukup rasa
Sebiji telur
Sepeket rencah nasi goreng
Secawan air panas
Secawan air sejuk
Ikan bilis goreng

Ahha! Nampak tak bahan-bahan dia? Mudah kan? Bila dah siapkan semua bahan-bahan ni, Langkah seterusnya untuk buat Jemput-jemput ikan bilis goreng ni adalah campur semua dah goreng. Siap! Eh! Bukan-bukan. hehehe. Ini yang korang perlu buat.

Cara mudah buat Jemput-jemput ikan bilis goreng


Campurkan telur, tepung, perencah, air panas dan air sejuk. Pastikan adunan tidak terlampau pekat, jika pekat sila tambah air sejuk. Masukkan ikan bilik dan gaulkan dengan rata. Gorengkan ke dalam minyak yang panas dengan cara menggunakan sudu atau tangan dalam bentuk jemput-jemput.

Dah siap tu, hidangkan di atas pingan. Boleh juga di makan dengan sos, kuah kicap pedas, atau apa sahaja yang dirasakan sesuai. Amacam? Mudah tak resepi orang bujang ni? Lepas dah tahu Cara mudah buat Jemput-jemput ikan bilis goreng, mesti ramai yang nak buat kan? Petang korang selepas ini pasti bahagia dengan adanya jemput-jemput ni. hehehe.

You Might Also Like

2 comments

  1. wahhh menarik nie. selalu guna resipi sama cuma takdak letak perencah je. lain kali nak cuba guna perencah pulak. terima kasih atas resipi nie XD

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email