Berjaya capai RM100 dengan 8Share. - ceritaejoy

Berjaya capai RM100 dengan 8Share.

9:23 PG

www.ceritaejoy.com

Berjaya capai RM100 dengan 8Share | Alhamdulillah. Berjaya juga capai RM100 dengan 8Share. Aku ni semua benda nak cerita kan? hahaha. Tak apalah, Nama pun blog ceritaejoy kan? Jadi apa sahaja cerita, kita akan ceritakan, boleh? hehe. Orait! Jumlah ini kecil bagi sesetengah blogger yang buat ratusan ringgit dengan 8Share. Tapi bagi aku, nilai ni besar sebab baru pertama kali dapat capai nilai ni. orait, jom teruskan baca mengenai salah 1 cabang buat duit online ni.

Yang sebenarnya, aku ada juga menulis mengenai 8Share ni dalam blog ceritaejoy. Rasanya baru sekali aku cashout. Jumlahnya waktu tu, memanglah rendah. Cukup-cukup syarat je untuk cash out. Syarat untuk cash out 8Share adalah RM50. Jadi bila pertama kali capai je, terus la keluarkan. Excited kan? hehe.

Kemudian aku set pulak untuk capai RM100. Dan alhamdulilah, semalam, aku berjaya capai. Walaupun ambil sedikit masa, tapi berjaya juga capai. Yang sebenarnya, mudah untuk capai nilai ni memandang bayaran klik yang diberikan 8Share agak mahal juga. 1 klik RM0.20. Kira mahal la kan? Lagi pulak, ada banyak pilihan iklan. Kita boleh pilih iklan mana yang ingin kita kongsikan. Itu yang aku suka tu.


Memandangkan aku hanya memilih beberapa iklan sahaja, itu yang baru semalam capai RM100. Kenapa aku pilih beberapa iklan sahaja? Sebab aku tak tahu macam mana nak kongsikan semua iklan yang ada. Hahahaha. Betul! Ada iklan yang diberikan, aku tak tahu nak olah macam mana. Walhal, 8Share dah sediakan siap-siap ayat iklan, pun aku tak tahu juga. hahaha.

Ok! Macam mana nak join 8Share? Adoi! Mudah la sangat! Klik 8Share.com/register. Kemudian ikut segala arahan yang diberikan. Isi mana yang perlu. Kemudian tunggu kelulusan. Dapat sahaja akaun, terus sahaja kongsikan di laman sosial. Mudah kan? Rasanya, ini cara paling mudah untuk buat duit online.

Orait. Tak tahu macam mana rupa iklan 8Share ni? Ok, aku beri contoh:


Ok. Nampak kan? Macam tu la rupa iklan-iklan 8Share yang korang boleh kongsikan. Kemudian nak tahu cara yang betul bagaimana nak kongsikan 8Share pada laman sosial? Bab itu, silalah email aku. Mana yang dapat aku kongsikan, aku akan cuba kongsikan dengan semua. Ok? Alhamdulilah sekali lagi, sebab Berjaya capai RM100 dengan 8Share!

You Might Also Like

7 comments

  1. Balasan
    1. belum rasa nak cashout lagi. hahaha. kita cuba capai target no 3 pulak. hehehe

      Padam
  2. Wahhhh! semoga makin murah rezeki la lepas ni..hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. murah taknak..nak mewah rezeki. hehehehe

      Padam
  3. Balasan
    1. a'a..best..nak cuba capai target ke 3 pulak. hehehe

      Padam
  4. hehe boleh buat beli tiket flight tu

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email