Ambil insurance nyawa seawal kelahiran? - ceritaejoy

Ambil insurance nyawa seawal kelahiran?

11:24 PG

www.ceritaejoy.com

Ambil insurance nyawa seawal kelahiran? | Aku ada menulis beberapa artikel mengenai insurance nyawa sebelum ini. Hari ini, aku ingin bercerita pula mengenai insurance nyawa terbaik yang boleh di ambil seawal kelahiran. Mungkin ramai yang belum jelas mengenai hal ini. Aku sendiri kurang jelas kerana aku bukanlah seorang agent insurance. Ilmu dan penjelasan mengenai hal ini aku ambil daripada beberapa rakan yang arif mengenai hal ini. Juga beberapa pendapat daripada aku sendiri.

Baiklah. Boleh atau tidak ambil insurance nyawa seawal kelahiran ni? Maknanya anak kita lahir je terus ambil insurance untuk dia. Ada yang kata boleh, ada yang kata tak boleh. Namun, daripada persoalan aku di laman sosial facebook, ianya terpulang kepada insurance policy syarikat tersebut. Ada yang kata semasa dalam kandungan lagi dah boleh ambil insurance. Wow!

Pada aku, aku lebih suka insurance dalam bentuk pembiayaan kesihatan dan juga simpanan. Makna kata, jika insurance tersebut tidak digunakan di dalam apa-apa berkaitan kesihatan, apabila umur mereka mencecah tahap tertentu, ianya boleh digunakan kerana wang hasil bayaran insurance tersebut, telah ditukarkan menjadi wang simpanan.

Sejak kebelakangan ini, aku kerap memikirkan apakah insurance nyawa terbaik untuk bakal kelahiran anak ketiga kami. Melihat kepada keadaan ekonomi semasa, insurance nyawa merupakan 1 bentuk perlindungan kepada sang empunya diri. Dalam masa yang sama, mampu menjadi simpanan buat mereka. Kelak mereka menjejakkan kaki ke peringkat tertinggi, mereka dah ada duit simpanan sendiri.

Ok, sekarang, apakah insurance nyawa terbaik untuk anak-anak yang baru lahir? Banyak sebenarnya syarikat insurance sekarang ni. Dan kesemuanya sudah pasti memberikan yang terbaik kepada semua pelanggannya. Ada prudential, Allianz, AIA, macam-macam. Kita boleh pilih mana yang dirasakan terbaik.

Apa pun, aku mengharapkan kelahiran anak ketiga kami ini semuanya di dalam keadaan yang baik. Baik buat isteriku dan juga bakal kelahiran baru ini. Bila semuanya dalam keadaan baik, kami akan mula memikirkan pula mengenai apakah insurance nyawa terbaik buat anak kami. Semoga semuanya selamat. Amin.

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email