Kelebihan tersembunyi Agent Insurance. - ceritaejoy

Kelebihan tersembunyi Agent Insurance.

2:23 PTG

Kelebihan tersembunyi Agent Insurance.

Kelebihan tersembunyi Agent Insurance | Yang sebenarnya, ini bukanlah ajakan pertama daripada rakan-rakan. Sebelum ni pun ada yang ajak aku join jadi agent insurance, tetapi aku tolak. Kenapa? Sebabnya aku sendiri pun tak ada insurance nyawa, macam mana aku nak yakinkan orang untuk beli insurance. Betul tak? Aku bukanlah dalam jenis kelompok manusia, yang dia sendiri tak buat, tetapi ajak orang buat. Ha, faham tak dekat situ?

Kalau tak faham, aku cuba jelaskan kasi faham ya. Contohnya macam ni, korang nak belajar main saham *stocks*, tapi korang belajar dan ambil nasihat dengan orang yang tak pernah main saham. Ataupun dengan orang yang baru belajar main saham. Agak-agak berjaya tak? sudah tentu tidak kan? Kalau korang nak berjaya main saham, korang kena lah belajar dengan orang yang sememangnya dah pun berjaya main saham.

Sama halnya dengan jadi Agent Insurance ni. Korang beritahu pada orang, betapa pentingnya insurance nyawa pada diri dan keluarga. Korang ceritakan semua kebaikan yang ada mengenai insurance. Tetapi korang sendiri tak ada insurance nyawa. Korang rasa, client nak percaya ke dengan korang? Dah tentu tidak kan? Silap-silap korang yang kena balik!

Tapi, tak aku nafikan, kerjaya sebagai Agent Insurance ini sememangnya menjanjikan pendapatan yang lumayan. Beberapa rakan aku sudah berjaya dalam bidang insurance. Boleh dikatakan, mereka kini sudahpun berada dalam kehidupan selesa! Bebas kewangan. Bebas dari kekangan masa kerja. Punyai masa yang sangat banyak untuk bersama keluarga tercinta. Alhamdulilah.

Aku dah tahu mengenai hal itu, dan kenapa aku masih dengan kerjaya yang sama? Jawapan aku cukup mudah! Aku tak suka menipu untuk berjaya! Walaupun ramai yang cakap, zaman sekarang, kalau tak menipu tak akan berjaya. Kita mungkin berbeza pendapat, tapi aku punya cara aku sendiri. Aku sedar pentingnya insurance pada diri dan keluarga, namun, aku punya sebab aku tersendiri.

Alang-alang dah bercerita pasal kerjaya sebagai agent insurance ni, meh aku kongsikan beberapa pendapat peribadi aku mengenai kelebihan menjadi agent insurance. Tak kisahlah mana-mana syarikat pun ya.

Kelebihan tersembunyi Agent Insurance


1) Berani bercakap dengan khalayak ramai.

Bukan semua orang berani nak approach orang yang kita tidak kenal. Korang ingat senang ke? Kita nak ajak orang beli insurance dengan kita. Muka kena tebal, kena buang sifat malu bila di tolak. Kena berani & yakin untuk bercakap dengan orang. Bukan semua orang ada kelebihan ini. Namun ianya boleh di latih jika korang jadi agent insurance.

Mana ada agent insurance duduk rumah je cari client kan? Jadinya, kalau korang nak jadi jurujual yang baik, korang jadilah agent insurance.

2) Bijak menyelesaikan masalah.

Kenapa? Kadang-kadang agent insurance akan berhadapan dengan soalan tak masuk akal daripada prospek mereka. Dan korang ingat senang ke nak jawab soalan-soalan macam tu. Dan sinilah, mereka akan dilatih untuk bijak menyelesaikan masalah. Ini adalah pelajaran semulajadi!

Kalau jawab salah dan mengarut, memang tak ada potensi lah nak ubah seseorang tu jadi client. Jadi agent insurance kena bijak. Mungkin pengalaman pertama akan mengajar mereka jadi lebih hebat dalam usaha lain mencari prospek. Bila dah banyak pengalaman, kata-kata yang keluar dari mulut mereka, akan menjadi kata-kata emas!

3) Kemas & segak!

Pernah nampak agent insurance berpakaian selekeh? Kalau aku jumpa dengan agent macam ni, aku sendiri pun tak yakin nak amik insurance dengan dia. Jadinya, kerjaya ini melatih anda untuk sentiasa kemas & segak! Bila pakaian kemas & segak, keyakinan diri akan datang dengan sendirinya!

Bukanlah kata kena pakai baju kot sepanjang masa. Pakai tshirt kolar, tuck in, kemudian pakai kasut, itu dah kira kemas. Kalau pakai seluar pendek dengan selipar, nasihat aku, elak-elak kan lah ye!

4) Professional.

Dari segi apa? Dari segi perbualan. Kalau sebelum ni, kita main bahasakan orang-orang lain, “bro” atau “sis”, tapi bila jadi agent insurance, ianya akan menjadi lebih formal. Selalu ingat, bahasa yang kita gunakan mencerminkan siapa diri kita.

1 lagi nasihat aku, jangan jadi plastic. Maksudnya, bila jadi agent insurance, seindah bahasa, tapi bila kat luar, pemusnah bahasa! Dalam agama islam sendiri mengajar kita sentiasa menuturkan kata-kata yang elok. Oleh yang demikian, tidak ada salahnya, kalau kita bawak diri kita ketika menjadi agent itu ke dalam dunia sebenar. Kan?

5) Ramai kawan.

Aku suka part ini. Percaya atau tidak kalau aku cakap, agent insurance ni ramai kawan. Silap-silap seluruh negara ada kawan dia. Mereka yang bekerja dengan niat untuk membantu orang, pasti akan dapat income dan rakan. Manakala mereka yang cari prospek hanya untuk kejar income bulanan, maka mereka hanya dapat duit semata-mata. Nampak tak perbezaan dekat situ.

Kalau niat korang jadi agent insurance adalah untuk menyedarkan orang sekeliling dan membantu mereka, maka korang akan dapat rakan, ilmu dan pendapatan itu akan datang dengan sendirinya. Ingat tu. Benda mudah tapi tak semua orang boleh buat.

6) Tahu perkembangan semasa.

Agak-agak lah kan, macam mana nak jual insurance kalau seseorang agent tu tak tahu perkembangan semasa. Contoh! Contoh ya aku beri, taraf hidup semakin meningkat. Harga barangan juga meningkat. Impak daripada semua itu, harga bayaran bulanan insurance juga bakal meningkat.

Di dalam usaha mencari prospek, agent insurance akan dengan sendirinya mengambil tahu perkembangan semasa. Aku beri contoh lagi, contoh ya! Cukai bakal dinaikkan tidak lama lagi, dan ini akan memberi kesan yang sangat besar kepada kos perubatan.

Agent insurance akan menggunakan ayat lebih kurang macam ni, Tuan/puan, dengan kesan ekonomi sekarang, tidak mustahil segala harga keperluan akan meningkat termasuklah bil-bil hospital. Semakin lama masa yang tuan/puan ambil, semakin banyak yang perlu dikeluarkan untuk melindungi diri tuan/puan.

Oleh yang demikian, adalah suatu kerugian jika tuan/puan tidak mengambil polisi ini sekarang! Ahha! Nampak tak? Tapi itu ayat aku, aku bukanlah agent insurance, mungkin mereka yang jual insurance ada ayat yang lagi hebat. Hehehe.

7) Pendengar yang baik!

Ingat senang ke nak jadi pendengar yang baik? Tak semua orang mampu. Percayalah. Dan kalau korang nak jadi pendengar yang baik, jadilah agent insurance! Hahahaha. Kenapa? Sebabnya mudah, agent insurance perlu tahu masalah sebenar prospek. Kenapa mereka perlu tahu? Kerana disitulah kunci bagaimana seseorang agent insurance tu menukar daripada prospek menjadi client. Hahaha! Aku dah tau dah rahsia tu!

Mereka akan mendengar secara terperinci. Dan itu mengajar seseorang agent insurance itu menjadi seorang pendengar yang baik. Dan bila mereka sudah terbiasa, sudah semestinya mereka akan bawa perkara ini di dalam kehidupan seharian mereka.

8) Dekat dengan yang maha esa!

Dan akhir sekali, ini yang aku nampak pada diri seorang agent insurance. Kehidupan di dunia bukanlah selama-lamanya. Apa kaitannya dengan agent insurance? Ada kaitannya, mereka jual insurance nyawa, sudah pasti ada masanya, mereka akan menguruskan client mereka yang kemalangan atau mungkin lebih teruk lagi meninggal dunia.

Dari situ, mereka akan melihat reality kehidupan dunia. Mereka akan sentiasa bersyukur dengan apa yang mereka ada. Bukanlah aku kata, mereka yang bukan agent insurance tak boleh jadi macam tu. Boleh, Cuma ceritaejoy kali ini kan cerita pasal agent insurance. Jadi, aku ceritalah pasal mereka. ok?

Baiklah! Entry Kelebihan tersembunyi Agent Insurance ini adalah di antara entry terpanjang yang aku tulis sendiri dekat blog ceritaejoy. Aku pasti korang pun puas hati dan faham dengan kerjaya sebagai agent insurance ni. Apa pun sebenarnya, kalau kita buat dengan niat nak bantu orang, kewangan itu pasti akan datang dengan sendirinya. Bagi yang faham, fahamlah ye, bagi yang kurang faham, korang carilah sendiri apa yang aku nak sampaikan tu. Hehehe.

You Might Also Like

1 comments

  1. Salam....Singgah pagi jumaat...
    kalau ciri² tu,muka nieyl mmg xde gaya lgsg nak jadi agen insurans..hihi..
    tak apalah,jadi akauntan rumahtangga pun lumayan jugak gaji nya..hihihi

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email