6 Lokasi menarik dan tarikan utama di Canada (Best Places to Visit in Canada) - ceritaejoy

6 Lokasi menarik dan tarikan utama di Canada (Best Places to Visit in Canada)

6:53 PTG

www.ceritaejoy.com

6 Lokasi menarik dan tarikan utama di Canada (Best Places to Visit in Canada) | Baiklah, ini adalah kesinambungan daripada cerita sebelum ini iaitu Travel to Canada. Kalau dalam penulisan sebelum ini, aku hanya menerangkan beberapa tempat sahaja, tapi kali ini aku akan cuba terangkan lokasi-lokasi menarik dan menjadi tarikan pelancong untuk melancong ke Canada. Lepas ni, dah tahulah nak pergi mana kan? orait! Jom! Travel to Canada!

Baiklah. Lokasi-lokasi ini aku ambil daripada mereka yang sudah sampai ke sana. Selain itu, ada juga yang di ambil daripada laman-laman web pelancongan. Senarai 6 Lokasi menarik dan tarikan utama di Canada (Best Places to Visit in Canada) ini merangkumi pelbagai tempat. Daripada perjalanan di ibukota membawa kepada aktiviti hiking! Segalanya mengikut kesesuaian anda! Dan juga budget anda! hehe. Ok! Jom!

www.ceritaejoy.com

#1. Vancouver.

Baiklah, lokasi pertama adalah, Vancouver, Sebuah bandar kecil yang dikelilingi gunung dan pantai yang sangat cantik! Bagi mereka yang sukakan suasana bandar dengan pemandangan semulajadi, inilah tempat yang sesuai untuk anda! Jangan tak tahu ya, lokasi ini pernah dijadikan lokasi pengambaran "Supernatural" dan "The Twilight Saga". Jadi, jangan terkejut jika anda sampai ke sini, dan melihat pemandangan yang seperti pernah anda lihat di mana-mana. Hehe.

www.ceritaejoy.com

#2. Toronto.

Bila sebut nama ni, teringat filem fast and furious. Hehe. Ok! Toronto adalah sebuah bandar metropolitan yang dipenuhi dengan bandar pencakar langit, kesibukan kotaraya dan kesesakan! Jadi apa yang hebatnya disini? Baiklah, bagi mereka yang tak tahu, Toronto dikenali sebagai “one of the most culturally diverse cities in the world”.

Terdapat lebih kurang 200 kumpulan etnik dengan 140 bahasa yang berbeza! Semua ini hanya di Toronto! Ada Greek Town, Little Italy, Koreatown dan Chinatown membuatkan pelancong seolah-olah telah melihat beberapa lokasi dunia dalam 1 masa! Di sini juga, terdapatnya salah satu menara antara yang paling tinggi di dunia.

Toronto juga adalah lokasi terletaknya PATH, pusat membeli-belah bawah tanah terbesar di dunia! Juga, korang boleh berjumpa dengan the longest street in the world: Yonge Street!

www.ceritaejoy.com

#3. Banff.

Aku sendiri memasang niat untuk sampai ke sini! Kalau korang minat pemandangan gunung ganang di Switzerland, di sini, Banff Canada, juga korang boleh dapatkan perkara yang sama! Disini terletaknya taman negara pertama Canada! Banff tidak sesuai buat mereka yang gemarkan tilam dan bantal yang empuk di hotel.

Banyak aktiviti-aktiviti outdoor dan extreme yang boleh anda lakukan di sini! Antaranya Ski down di Mount Norquay, hiking, berdiri bebas atas batu kapur yang dikenali sebagai hoodoos, atau berbasikal di sepanjang Healy Creek.

6 Lokasi menarik dan tarikan utama di Canada (Best Places to Visit in Canada)!

www.ceritaejoy.com

#4. Quebec City.

Ok. Seterusnya adalah Quebec City, the capital of the Canadian province. Disini letaknya tapak Warisan Dunia UNESCO.  Disini banyak lokasi-lokasi menarik bagi mereka yang meminati sejarah lama. Daripada aktiviti menyusuri fortified walls of Old Québec, mendalami lukisan-lukisan eropah lama sehinggalah ke bangunan rumah abad ke-18!

www.ceritaejoy.com

#5. Montreal.

Baiklah, ada 1 perkataan yang mampu menerangkan dengan lebih jelas lokasi ini, multifaceted! Bandar ini merupakan penyatuan di antara yang lama dengan yang baru. Dengan struktur bangunan abad ke-18 hinggalah binaan abad ke-21! Antara Lokasi menarik dan tarikan utama disini adalah muzium bertaraf dunia dan pasar yang sibuk!

Mulakan pengembaran korang pada sepanjang jalan di ancient cobblestone streets of Vieux-Montréal. Di sini, korang boleh meneroka gereja bersejarah atau dapatkan cappuccino di salah satu kafe traditional French di sepanjang boulevard Saint-Laurent. Jika bahan sejarah tidak mampu menarik minat korang, apa kata korang pergi ke kawasan pusat bandar yang sibuk pada waktu petang atau mungkin ke Parc du Mont-Royal?

www.ceritaejoy.com

#6. Whistler

Puncak gunung yang diliputi salji, tasik yang bersinar, padang golf yang bersinar dan laluan mendaki yang sangat mencabar! Ini yang ditawarkan untuk korang jika korang ke Whistler, Canada. Namun, tarikan utama di sini adalah blackcomb Mountain. Pelancong boleh mencuba bungee jumping, hiking atau berbasikal di kawasan pergunungan! Walaupun Whistler dikatakan khas buat mereka yang aktif, pengunjung juga boleh mengunjungi muzium dan galeri seni yang dipenuhi dengan pameran yang bermaklumat.

Baiklah. Inilah 6 Lokasi menarik dan tarikan utama di Canada (Best Places to Visit in Canada) yang dapat aku kongsikan buat korang jika berkeinginan untuk travel to Canada! Walaubagaimanapun, akan ada lagi penulisan mengenai hotel terbaik di Canada * The best hotels in Canada* dan juga aktiviti-aktiviti pilihan yang lebih mendalam yang boleh korang buat apabila berkunjung ke sana. Ok?

You Might Also Like

3 comments

  1. Cantek cantek tempat dia..bila ntah dapat pergi.huhu

    BalasPadam
  2. hoho dah kawin nanti la baru aku ke sana. kesian bini aku nanti kang dah kawin habis satu dunia laki dia dah pusing

    BalasPadam
  3. Regina canada... tmpt suami keje.. mcm tadak ape yg menarik jer kt situ...

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email