Wajah permaisuri Selangor yang baru. - ceritaejoy

Wajah permaisuri Selangor yang baru.

5:08 PTG

www.ceritaejoy.com

Wajah permaisuri Selangor yang baru | Tahniah pada rakyat selangor kerana kini mereka mempunyai permaisuri yang jelita. Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, selamat diijab kabul dengan Norashikin Abdul Rahman di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang, pada 31 Ogos lalu.

Sedikit info mengenai Norashikin Abdul Rahman. Beliau adalah pembaca berita RTM. Berasal dari Kuala Lumpur, beliau adalah anak bongsu daripada tiga beradik dan pernah meraih anugerah Penyampai Berita TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa 2005 (ASA2005). Baca lanjut.


www.ceritaejoy.com

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, selamat diijab kabul dengan Norashikin Abdul Rahman di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang, pada 31 Ogos lalu. 

Dalam majlis yang diadakan pada pagi Hari Kebangsaan itu, Sultan Sharafuddin Idris Shah dinikahkan oleh Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid. 

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan Istana Alam Shah, majlis berkenaan dilangsungkan secara sederhana atas permintaan Sultan Sharafuddin Idris Shah. 

Turut hadir pada majlis berkenaan adalah Timbalan Mufti Selangor, Dr Anhar Opir; Imam Paduka Tuan, Mohd Rasid Mahful; bekas Timbalan Mufti Selangor, Datuk Abdul Majid Omar; Ahli Majlis Agama Islam Selangor, Datuk Salehuddin Saidin dan bapa serta ahli keluarga pengantin perempuan.

Ini adalah perkahwinan ketiga Sultan Sharafuddin Idris Shah. 

Baginda mempunyai dua puteri, Tengku Zerafina dan Tengku Zatashah serta seorang putera, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah. Norashikin, 45, adalah pembaca berita RTM. 

Berasal dari Kuala Lumpur, beliau adalah anak bongsu daripada tiga beradik dan pernah meraih anugerah Penyampai Berita TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa 2005 (ASA2005).


Sumber : BH Online.

You Might Also Like

4 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email