Ustaz haron din sah meninggal dunia! - ceritaejoy

Ustaz haron din sah meninggal dunia!

11:08 PG

www.ceritaejoy.com

Ustaz haron din sah meninggal dunia! | Bermula awal pagi tadi, berita pemergian permata negara ini tersebar di laman sosial. Sudah tentu ramai yang terperanjat berita pemergian ulama tersohor negara ini. namun, beritanya menjadi sangsi selepas tiada cerita yang sahih mengenainya. Namun, sebentar tadi, melalui berita di BH online, memberi tahu, sah! Perginya seorang guru, ulama yang disayangi hampir segenap masyarakat! Ustaz haron din sah meninggal dunia!


Menjadi suatu yang amat merisaukan, apabila seorang demi seorang ulama besar negara pergi menemui ilahi. Ustaz Haron Din merupakan salah satu ikon agama negara Malaysia. Sudah tentu pemergiannya adalah suatu yang sangat dirasai. Dan pastinya tiada yang mampu menggantikannya. Berita mengenai pemergian Ustaz Haron Din adalah suatu berita kehilangan yang sangat besar kepada semua. Baca lanjut.

KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din, meninggal dunia di Hospital Stanford, San Francisco, Amerika Syarikat (AS) pada jam 10.10 pagi tadi waktu Malaysia. 

Perkara ini disahkan Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan, menerusi akaun rasmi Facebook miliknya sebentar tadi. 

"Jam 10.10 pagi ini (waktu Malaysia), berita kami terima bahawa Tuan Guru Dato' Dr Harun Din telah kembali ke rahmatillah di Hospital Stanford University US. 

Semoga Allah swt mencucuri rahmatNya dan mengampuni al Marhum Tuan Guru serta menggolongkan beliau dari kalangan hambaNya yang soleh. Aameen Ya Rabbal A'lamin." Haron, 76, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sejak malam ketika menjalani rawatan jantung di hospital berkenaan. 

Difahamkan, Haron berlepas ke AS sejak beberapa hari lalu untuk mendapatkan rawatan lanjut berhubung masalah jantung yang dihidapinya. 

Allahyarham pernah menjalani pembedahan pintasan jantung di hospital berkenaan pada 2 April 2012. Mac lalu, beliau dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) selepas mengadu sakit dada.

You Might Also Like

2 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email