Tak tulis, tak ada income. ~ Ceritaejoy Tak tulis, tak ada income. - Ceritaejoy

Tak tulis, tak ada income.

4:55 PTG

www.ceritaejoy.com

Tak tulis, tak ada income | Blog ni sama je macam pekerjaan makan gaji. Mungkin aku belum mencapai status Blogger sepenuh masa lagi. Agaknya bila aku berjaya mencapai status itu, tanpa penulisan yang baru, trafik yang masuk ke blog masih kekal sama dan bertambah dari hari ke hari, insyaAllah. Apa yang aku lihat pada masa sekarang adalah, aku perlu update blog ceritaejoy, paling minima 3 entry 1 hari. Ini bagi mencapai trafik sederhana untuk jana income dengan blog.

Yang sebenarnya, aku perlu target trafik yang tinggi kalau betul-betul nak buat duit dengan blog. Tapi aku tahu, ianya tidak semudah itu. Sama halnya dengan Buat Duit Dengan Adsense, memang seronok bila dengar rakan-rakan buat “duit besar” dengan adsense, tapi bila kita sendiri berusaha untuk jana income dalam USD ni, baru lah kita tahu betapa sukarnya nak dapat duit dengan blog ni. Bukan kenyit mata je dapat tau!

Buat masa sekarang, blog ceritaejoy masih dalam kategori anak-anak lagi. Dapat income USD0.30 sehari melalui adsense pun dah rasa seronok dah. Inikan pulak kalau dapat USD2.00 sehari. Lagi lah kan? Tapi macam yang aku ada cakap pada awal tadi, tak tulis, tak ada income! Kena update blog, walaupun 2 entry sehari.

Kecewa juga bila mana, yelah, kita ni blogger separuh masa, jadinya ada masa tak dapat nak update blog. Bila tak update, bukan akaun adsense, Cuma ada USD0.05. Alahai, sedihnya rasa. Tak lah cakap putus asa, Cuma sedih! Hehehe. Bila dah tengok income macam tu, kena lah buat sesuatu! Betul tak? Tak kan nak sedih pulak, memang tak kemana lah kalau aku buat macam tu kan? Hehe.

Blog ceritaejoy baru berusia 2 tahun. Ianya 1 tempoh yang pada aku, masih kecil kalau nak dibandingkan dengan blog-blog hebat malaysia. Mereka dah berada dalam dunia blog ni lebih lama. Macam-macam ilmu yang ada dalam diri mereka. Dan barulah mereka berjaya seperti mana sekarang. Tak akan aku yang baru setahun jagung ni nak cepat mudah putus asa kan? Kenal ah lebih bersemangat! Hehe.

Hiaghhh! Kena rajin update blog. Kena rajin cari cerita, dan kena lebih rajin bercerita, baru lah namanya blog ceritaejoy. Kan? Hehehe.

You Might Also Like

0 comments

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Recommended For You