Sakit Gigi Geraham Atas Kanan menyerang kembali! - ceritaejoy

Sakit Gigi Geraham Atas Kanan menyerang kembali!

9:27 PG

www.ceritaejoy.com

Sakit Gigi Geraham Atas Kanan menyerang kembali! | Aku pernah cerita mengenai Sakit Gigi Geraham Atas Kanan yang aku alami hujung tahun lepas. Waktu tu, dia baru nak tumbuh. Sakitnya! Adoi! Berdenyut-denyut! Ceritanya ada aku kongsikan melalui Gigi Geraham Tumbuh Sakit. Dan kini, selepas beberapa bulan lamanya, dia menyerang kembali! Bukan kerana dia baru nak tumbuh, tetapi gigi geraham bongsu berlubang!

Aku rasa gigi geraham bongsu ni rapuh sikit. Sebab apa? Sebabnya, aku nak bersihkan bahagian gigi ni. Lokasi dia kan ke belakang, jadi agak susah nak bersihkan. Kena paksa! Ada 1 hari tu, waktu aku nak bersihkan gigi geraham bongsu ni, dia pecah! Ya! Pecah pada bahagian luar! Rasa tajam je! Sakit juga bahagian dalam pipi aku bila berlanggar dengan gigi geraham bongsu ni!

Sakit Gigi Geraham Belakang Berlubang.


Sekarang ni memang dah mula berdenyut-denyut! Rasanya macam makin lama makin sakit. Wife pulak dah berulang kali suruh aku cabut je. Sakitnya cabut gigi geraham ni bukan macam sakit cabut gigi lain. Boleh jadi seminggu sakitnya! Atau mungkin lebih daripada tu. Bila dengar macam tu, memang macam-macam lah yang muncul dalam minda aku ni.

Yelah, kalau sampai seminggu, mesti kerja akan terganggu. Bab makan tak kisah lagi. Boleh je makan bubur, bab kerja ni. lagi pulak, kalau sakit gigi, memang semua benda jadi tak kena. Kesian pulak dekat anak-anak, mesti mereka rasa kosong. Yelah, sebab kita tak layan mereka. Tapi, kalau dibiarkan, memang menderita sakit gigi geraham la kan?

Sakit Gigi Geraham Atas Sampai Kepala.


Bila kena Sakit Gigi Geraham Atas Kanan ni, rasa macam nak kena migraine pun ada. Rasa kebas sebelah kanan muka aku ni. Bahagian paling terasa, bahagian atas mata sebelah kanan. Macam tak rasa apa-apa kalau picit dekat situ. Adoi! Nampak bila sakit gigi geraham ni, semua urat-urat kat muka pun terlibat. Pendek kata, bukan sakit gigi je, dia datang pakej! Sakit kepala!

Rutin harian aku sekarang ni, kalau dekat rumah, mengadu sakit gigi geraham bongsu! Dan menjadi rutin juga, wife akan bising. Suruh cabut je gigi tu. Nak buat apa tahan-tahan lagi. Hehehe. Kadang tu, tidur pun boleh terganggu sebab sakit gigi ni, tapi akan lebih terganggu kalau cabut terus! Tapi kan, sampai bila? Bila tiba waktunya, mesti kena cabut jugak kan? Tidak!!!

You Might Also Like

2 comments

  1. Morining...ish...jangan di biarkan lelama gigi tu...
    serius memang kena pergi cabut walaupun dia nya sakit macam kena tumbuk..hihihi...
    tapi lepas tu..tersangat la legaaa...
    pergi jgn tak pergi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. warghhh!! takutnya!! ish! mesti sakit tuu

      Padam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email