Perbezaan Iphone 7 Dan 7 plus. - ceritaejoy

Perbezaan Iphone 7 Dan 7 plus.

2:11 PTG

www.ceritaejoy.com

Perbezaan Iphone 7 Dan 7 plus | Wah, ramai juga yang post dekat laman sosial, cerita pasal Iphone 7 ni. Katanya kalis air dan debu, yeker? Wow! Walaupun aku tak guna Iphone, tapi aku tahu teknologi apple di antara yang terhebat *sebab ramai dari kalangan rakan aku yang guna Iphone*. Aku tetap dengan Huawei P9, eh! Hahaha. ok lah, jom kita tengok apakah Perbezaan  Iphone 7 Dan 7 plus ni.

iPhone 7 camera.

“The iSight camera” pada 4.7 inch iPhone memiliki enam elemen kanta dan 12-megapixel sensor. Kamera ini datang dengan penstabilan imej optik (OIS), sama seperti semua versi iPhone Plus sebelum ini. Mekanisme OIS mengurangkan gerakan dan “handshake”. Ini membolehkan kita mengambil gambar dan video yang lebih baik walaupun dalam keadaan kurang cahaya.

iPhone 7 Plus camera

Berbeza dengan IPhone 7, IPhone 7  Plus memiliki 2 camera 12-megapixel sensor! 1 kamera adalah sama dengan iPhone 7, Ia adalah satu kamera sudut lebar. Manakala kamera kedua adalah kanta telephoto 12 megapixel dengan f / 2.8 aperture yang membawa lebih zoom optik pada iPhone.


Kanta telephoto juga menambah kesan “depth-of-field” untuk imej, tetapi ia hanya boleh diaktifkan melalui kemas kini perisian yang ditetapkan, yang akan dikeluarkan pada satu ketika nanti. Depth-of-field juga dikenali sebagai bokeh akan membawa lebih mod potret baru untuk aplikasi kamera untuk gambar. Apa yang berlaku ialah ISP yang menggunakan kedua-dua kamera mampu menjadikan subjek kelihatan tajam, manakala kabur pada latar belakang. Ciri ini kita dapat lihat pada kamera DSLR.

Dari segi saiz display pula, iPhone 7 hadir dengan paparan bersaiz 4.7 inci dengan resolusi 750 x 1334 pixels manakala iPhone 7 Plus pula dengan skrin 5.5 inci dengan resolusi HD Penuh 1080P. Dalam cerise baharu ini, apple menawarkan cip A10 yang dikatakan lebih pantas daripada model sebelumnya. Selain itu, memori handphone juga telah digandakan bermula 32GB hingga 256 GB!


Dari segi hayat bateri, model baru ini dikatakan mampu bertahan 2 jam lebih lama berbanding model terdahulu. Untuk ciri-ciri penuh Iphone 7 Dan 7 plus adalah seperti berikut:

  • Paparan sebesar 5.5 inci dengan resolusi 1080 x 1920 pixels untuk iPhone 7 Plus.
  • Paparan sebesar 4.6 inci dengan resolusi 750 x 1334 pixels untuk iPhone 7.
  • Pemproses Apple A10 Fusion, Quad-Core CPU.
  • Memori Dalaman 32/128/256 GB Serta 2 GB RAM.
  • Kamera Utama Dual 12 MP (F1.8 dan F2.8), OIS, PDAF, Quad-LED Flash, 2X Optical Zoom untuk iPhone 7 Plus.
  • Kamera Utama 12 MP, F1.8, OIS, PDAF, Quad-LED Flash untuk iPhone 7.
  • Kamera Selfie 7 MP, F2.2.
  • Pengimbas Cap Jari, NFC.
  • Ciri-Ciri Kalis Air Dan Debu (IP67).
  • Platform iOS 10.
  • Warna Jet Black, Black, Silver, Gold, Rose Gold.

You Might Also Like

1 comments

  1. Ramai tgh usha iphone7
    kak no x pernah guna iphone..
    hehehe.. camcung lapuk saja

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email