Mesti nak kena ada cerita hantu? - ceritaejoy

Mesti nak kena ada cerita hantu?

7:10 PTG

www.ceritaejoy.com

Mesti nak kena ada cerita hantu? | Aku kadang kurang faham, kenapa dalam filem-filem melayu * tak semua tapi hampir kebanyakkan* mesti kena ada babak hantu. Filem melayu dan cerita hantu memang tak boleh di pisahkan ke? Atau orang kita memang dah sinonim dengan cerita hantu? Yelah, cuba tanya budak-budak asrama, kolej, university, cerita apa yang paling top dekat asrama? Jawapan paling banyak, mesti cerita hantu! Betul tak?

Hari ni, kalau tengok dekat 1 laman ping blog tu, penuh cerita hantu kat artikel popular. Kenapa? Cerita hantu pocong la, terakam gambar entiti la, sedara mara bertukar jadi orang lain la, apa-apa jelah, semuanya terkait dengan cerita hantu. Kadang aku tertanya jugak. Memang orang kita kena ada cerita hantu dalam setiap cerita ke? Hahaha.


Aku ni bukan lah nak kata tak percaya, percaya juga. Sebab memang kita wajib percaya ada makhluk lain selain manusia dekat muka bumi ni, Cuma kadang-kadang aku jadi pelik. Ada juga rasa marah dalam satu-satu perkara tu. Contoh! Aku bawak anak menonton wayang. Filem melayu. Ambil contoh, cerita berkisarkan kehidupan remaja dengan kenderaan mereka.

Bila tengok trailer, rasa macam kelakar. Jadinya, bolehlah bawak anak-anak tengok wayang. Mula rasa seronok, tapi bila sampai babak-babak tertentu, aduh! Muncul lah hantu pocong la, Pontianak la. Macam-macam. Sudahnya, anak-anak jadi takut, dan soalan yang sama akan muncul dari mulut mereka, ayah, kenapa ada hantu?

Aku ni jawablah sekadar yang mampu. Bukan apa, bila ada babak-babak macam ni, dia akan jadikan anak-anak kita ni jadi takut dengan hantu. Aku pulak, kena lah rajin betulkan mereka. Sebabnya, aku taknak mereka jadi lebih takut. Aku selalu juga pesan, jangan terlalu berani, jangan pula jadi terlalu takut. Cukup biasa-biasa je. Kenapa?


Bayangkan, kalau tiba-tiba rumah gelap sebab takda elektrik. Kalau dalam fikiran mereka, penuh dengan cerita hantu, memang huru hara lah jadinya. Ataupun, tinggal kat rumah sorang-sorang. Mulalah terbayang macam-macam. Semuanya sebab pengaruh cerita hantu tu tadilah! Takut jadi yang lebih teruk, semua benda masih terfikirkan cerita-cerita yang mereka dah tonton tu. Itu yang aku taknak sebenarnya.

Apa pun, memang dah tak boleh buat apa kan? Cerita hantu dengan masyarakat kita memang tak boleh dipisahkan! Mesti nak kena ada babak hantu dalam filem atau cerita orang. Kalau takda tak sah. Terpaksalah aku kerap nasihatkan anak-anak aku supaya jangan terlalu takut dengan cerita macam tu. Takut kalau dibiarkan nanti, teruk pula jadinya mereka. Korang pulak macam mana?

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email