MaliHom Private Estate, Pulau Pinang. - ceritaejoy

MaliHom Private Estate, Pulau Pinang.

3:03 PTG

www.ceritaejoy.com

MaliHom Private Estate, Pulau Pinang | Sekali tengok, lokasi percutian ini seperti berada di Thailand. Ini adalah kerana, konsep binaan lokasi percutian ini mirip seperti lokasi percutian di sana. Namun, agak memeranjatkan kerana, lokasi ini terletak di dalam negara kita! Malaysia! Terletak di balik pulau, ia di antara lokasi percutian terbaik dalam kelas nya tersendiri! Jom, kita tengok-tengok MaliHom Private Estate!

Selepas beberapa bacaan ringkas, barulah aku faham kenapa konsep binaan lokasi percutian ini lebih kurang sama dengan konsep percutian di Thailand. Ini adalah kerana, malihom adalah ilham daripada binaan bangsal beras traditional Thailand. Malihom membawa maksud “village of the fragrant rice”. Dan setiap bangsal di sini juga mempunyai nama khas. Ada 8 kesemuanya dan setiap dari nya mempunyai keistimewaan nya yang tersendiri!

www.ceritaejoy.com

8 “Barns” dengan nama istimewa!

Aku senaraikan kelapan-lapan namanya ya! Baiklah, MaliHom Private Estate, Pulau Pinang menawarkan 8 barns iaitu Baan Mai *House in the wood*, Aloun *Sunrice*, Khanun *jackfruit*, Dhamma *the state of nature*, Sankhara *Progress*, Sripatum *Source of knowledge*, Sanook *Happy, fun*, dan Jhana *Concentration*. Menariknya adalah, setiap bangsal memiliki taman peribadi ataupun deck. Rekaan ini memberikan ruang privacy buat semua pengunjung nya.

www.ceritaejoy.com

www.ceritaejoy.com

www.ceritaejoy.com

Selain daripada lokasi percutian “hijau”, MaliHom Private Estate, Pulau Pinang juga menawarkan beberapa aktiviti menarik buat anda! Lokasi yang cantik dan menarik ini sudah pasti menjadi lebih istimewa jika diabadikan di dalam gambar perkahwinan anda! Latar belakang gambar berkonsepkan semulajadi sememangnya menjadi pilihan. Kalau tak tahu di mana anda boleh dapatkan latar belakang gambar yang cantic, datanglah ke sini!

Selain itu, di MaliHom Private Estate, Pulau Pinang juga kita boleh dapatkan urutan traditional melayu. Menarik bukan? kebiasaannya, kita akan dengar urutan traditional thai, tetapi di sini, mereka menawarkan urutan traditional melayu. Oh! Teringat satu masa dulu di mana aku dapatkan perkhidmatan urutan bagi membetulkan otot yang terseliuh. Uhh, masih teringat kesakitan sementara yang aku dapat ketika itu! hehe. Sakit tapi sedap!

www.ceritaejoy.com

www.ceritaejoy.com

www.ceritaejoy.com

Dan aktiviti paling menarik adalah tak lain dan tak bukan, jungle trekking! Menelusuri jalan hutan dengan berjalan kaki, boleh menemukan kita dengan pelbagai khazanah hutan yang tidak mungkin boleh dicapai dengan kenderaan! Selain dapat melihat species unggas dan tumbuhan hutan yang unik! Tapi, boleh lihat sahaja lah ye, jangan pula ambil dan bawa pulang. Sayangilah hutan kita demi generasi masa depan ya!

www.ceritaejoy.com

www.ceritaejoy.com

www.ceritaejoy.com


Baiklah! Jika anda berminat dan ingin merasai kelainan penginapan di MaliHom Private Estate, Pulau Pinang ini, bolehlah ke laman web Malihom.com. Jadikan percutian anda suatu kenangan terindah dalam kehidupan anda. Dan Malaysia juga memiliki lokasi percutian sama taraf dengan lokasi percutian luar negara! Sayangilah negara kita, negara tanah tumpahnya darahku! hehe.

You Might Also Like

3 comments

  1. sebenrnya takot nak masuk situu walaupun dekat

    Apa pun terjah Nil ye ada something Join la jommmmm

    SEGMEN BLOGWALKING EXCHANGE LINK NH

    JOM JOINNNNN.... ada hadiah ada followers.. ada komen.



    http://nilamhimawari.blogspot.my/2016/09/segmen-blogwalking-blog-exchange-link-nh.html

    BalasPadam
  2. wow cantiknya, nak kena terjah ni

    BalasPadam
  3. Tak sangka plak kat penang ada tempat bercuti macam ni...nampak menarik ni..

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email