Korang blogger jenis meniru atau ditiru? - ceritaejoy

Korang blogger jenis meniru atau ditiru?

3:05 PTG

www.ceritaejoy.com

Korang blogger jenis meniru atau ditiru? | Yang sebenarnya, bukan kata blogger sahaja, dalam apa jua keadaan pun, akan ada 2 konsep manusia. Dalam ceritaejoy kali ini, aku fokus pada blogger sahaja lah ye. Baiklah. Korang jenis blogger yang mana? Meniru atau ditiru? Sebab aka nada 2 kelompok sahaja. Kalau korang tak meniru, korang blogger yang di tiru. Ok? Kita bercerita mengenai entry di blog atau pun apa-apa job yang diterima blogger. ok?

Baiklah. Mula sekali, kita fokus pada blogger yang meniru.

Meniru ni bukanlah perkara tidak elok. Bagus juga sebenarnya. Ok lah, macam ni. Katakan blogger tersebut di beri tugas untuk review apa-apa produk. Selepas dapat sahaja produk tersebut, dia tak terus menulis, tetapi menunggu blogger lain tulis dulu. Kemudian dia akan baca penulisan blogger lain, dan dijadikan sebagai rujukan atau idea untuk dia pula tulis.

Dalam kes ini, pada aku dia ada kelebihan. Satu, dia ada banyak idea untuk penulisan review tersebut. Di tambah lagi dengan idea dia, entrynya mungkin boleh meletup! Keduanya, dia dapat banyak “keyword” yang mungkin membantu blog beliau untuk berada di top search! So! Siapa kata meniru ni tak bagus? Hehehe.

Yang keduanya, kita cerita pasal blogger yang ditiru.

Mungkin mereka sakit kepala sebab nak cari idea nak menulis! Hehe. Ingat senang ke nak menulis penulisan yang berkualiti? Susah tau. Nak cari keyword lagi. Nak susun ayat lagi. Susah! Tapi sudah pasti mereka yang berada di dalam kelompok ini lebih kreatif dan penuh dengan idea. Bukan mudah menjadi manusia yang memulakan sesuatu perkara ni.

Blogger yang lebih cepat memulakan sesuatu penulisan tanpa perlu menunggu blogger lain menulis biasanya berada di hadapan. Atau mungkin berada di atas. Mereka tak tunggu lama. Mereka sentiasa ada idea untuk sesuatu perkara.

Kedua-kedua kelompok manusia ini mempunyai kelebihan masing-masing. Ada yang cakap, menjadi ikutan orang lain itu adalah lebih bagus daripada kita mengikut orang. Lain orang lain pendapatnya. Dan soalan aku sekarang adalah, korang berada dalam kelompok yang mana?

You Might Also Like

9 comments

  1. Blogger meniru ni senang keje..
    Pengunjung datang kerana tajuk gempak dan muncul kat 1st page google. Tapi tak baca sangat artikel dia, sekadar scroll sampai bawah je kerana penulisan dia sama macam blog lain yang dah baca sebelom ni. Ayat pun macam copy paste dan takde connection dengan pembaca..

    BalasPadam
  2. Ditiru atau meniru masing² ada kelebihannya kan..
    tapi kalau yang betul² meniru sebiji² tu...letak la kredit dekat mana dapat sumber org tu kan..sekurang² nya bila artikel org tu baca,xde la mrh sgt..hihihihihi

    BalasPadam
  3. kalau bab review suka tulis sendiri berdasarkan pengalaman sendiri... kalau pengalaman org tak suka copy pengalaman org... takde kepuasan tiru org... melainkan kalau entry bab ilmu/info yg tu nak tak nak kena la copy..terutama bab agama. hukum dll... sbb kita bukan ahli fekah ataupun ilmuwan..

    BalasPadam
  4. Setakat ni buat artikel hasil perahan kepala hotak sendiri..ada cedok info sana sini tapi bukan kopipes..bnyak blog copy paste visitor ribu2, masyuk je income iklan tu haha..

    BalasPadam
  5. Entahlah nk ckp mana satu...mungkin 2-2 kot sbb masing2 ada kebaikan dan kekurangannya...Anyway nice sharing this articles... Good job!

    BalasPadam
  6. Saya ni dua2 kot..bergantung pada keadaan..haha..

    BalasPadam
  7. dua-dua rasanya... kadang2 suka ambik info tambahan dari banyak sumber..

    BalasPadam
  8. Dua2 saya ada...ilmu ni baik kita kongsikan...pandai2 olah sedikit klu nak copy biar nmpak tak 100%..mcm info berita hmpir sma ja tapi ayat diolah berlainan...yg pasal ditiru klu ilmu baik biar ia amek..pandangan peribadi!

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email