Kisah surirumah bantu jana pendapatan dengan duit online. - ceritaejoy

Kisah surirumah bantu jana pendapatan dengan duit online.

2:07 PTG

www.ceritaejoy.com

Kisah surirumah bantu jana pendapatan dengan duit online | Semalam, ada seorang rakan di laman sosial facebook mesej aku. Bertanyakan beberapa soalan mengenai adsense. Apa yang menarik perhatian aku adalah, ayat beliau yang berbunyi, saya seorang surirumah sepenuh masa. Nak belajar buat adsense untuk bantu suami jana pendapatan.

Hebat bukan? Dalam dunia serba moden macam ni, seorang surirumah sepenuh masa mampu jana income dalam matawang USD! Wow! Aku memang sangat teruja bila beliau cakap macam tu. Yelah, kalau sebelum ini, ramai yang “memandang rendah” mereka yang bergelar surirumah kerana katanya “pekerjaan” mereka tidak ada gaji. Selekeh kerana tidak berduit. Sekarang, jika kena dengan caranya, pendapatan mereka boleh jadi lebih besar daripada mereka yang makan gaji.


Yang sebenarnya, ramai juga kenalan blogger, yang bergelar surirumah sepenuh masa dah berjaya buat duit dengan blog mereka. Cerita mereka banyak berkisarkan perihal keluarga, anak-anak, masak memasak dan apa sahaja berkaitan rumah tangga. Hanya berkongsikan cerita mereka itu, mereka mampu jana income dari rumah. Amacam? Hebat tak?

Apa yang menjadikan ianya lebih hebat adalah, mereka di bayar dalam matawang USD! Dan salah satu caranya, adalah dengan menggunakan adsense. Adsense ni sebenarnya mudah! Bukan kata perlu ada blog je untuk dapatkan akaun adsense, kalau ada web atau akaun youtube pun, dah boleh dapatkan akaun adsense.

Bagi surirumah sepenuh masa yang ada blog. Bolehlah cuba dapatkan akaun adsense. Kemudian letak di blog. Iklan yang keluar nanti adalah berpandukan keyword-keyword yang ada dalam blog kalian. Kalau duduk rumah tu ada banyak masa, boleh buat akaun youtube. Kemudian buat rakaman. Ianya mungkin tutorial cara-cara memasak. Atau mungkin berkaitan penjagaan anak-anak, pendek kata apa sahaja yang kalian rasa berguna untuk orang lain.


Daripada tugasan harian sebagai seorang surirumah, kalian juga kini mampu jadikan ianya sebagai sumber pendapatan anda. keseronokkan di dalam melihat anak-anak membesar dan dalam masa yang sama, seronok kerana dapat gaji dalam bentuk USD! Cara buat blog pun senang. Sesiapa pun boleh ada blog sekarang ni. Jadi, gunakan peluang yang ada ya!

Kini surirumah sepenuh masa berada sama taraf dengan mereka yang bekerja! Malahan, boleh dikatakan juga, “gaji” mereka lebih tinggi! Mereka juga ada “extra” masa bersama keluarga. Jangan nanti, lepas ni, semua nak jadi surirumah sepenuh masa ya! hehehe.

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email