Keyword blog penentu iklan adsense. - ceritaejoy

Keyword blog penentu iklan adsense.

11:29 PG

www.ceritaejoy.com

Keyword blog penentu iklan adsense | Mungkin ada yang dah tahu dan mungkin juga ada yang belum tahu. Jadi, ceritaejoy kali ini adalah bertujuan menerangkan kepada mereka yang belum tahu dan mahu berjinak-jinak dengan dunia adsense. Aku pasti, masih ramai yang belum tahu perbezaan di antara akaun hosted adsense & non hosted adsense. Itu juga aku akan terangkan sekejap lagi ya! Sama halnya dengan cerita pentingnya keyword blog untuk iklan adsense.

Baiklah. Kita mulakan dengan perbezaan di antara akaun hosted adsense dengan non hosted adsense. Memang ada perbezaan yang ketara bagi kedua-dua akaun ini. Akaun hosted adsense adalah akaun yang menggunakan URL blogspot. Sebagai contoh, ceritaejoy.blogspot.com. Jika blog tuan/puan menggunakan URL ini, makanya, akaun adsense tuan/puan adalah akaun hosted.

Manakala bagi akaun non hosted pula, URL nya adalah menggunakan domain sendiri. Sebagai contoh, ceritaejoy.com. Jika blog tuan/puan menggunakan URL ini, makanya, akaun adsense kalian adalah akaun non hosted. Apakah kelebihan nya? Kelebihannya adalah, bayaran per click bagi akaun non hosted adalah lebih tinggi daripada akaun hosted adsense. Ok, sekarang dah faham kan?

Keyword blog penentu iklan adsense.


Sekarang aku nak cerita pulak pasal pentingnya keyword dalam penulisan di blog. Selain daripada SEO, yang mampu meletakkan blog kita di carian utama, ianya juga adalah penentu kepada iklan adsense di blog. Oleh yang demikian, penggunaan “high paying keyword” adalah sangat penting dalam setiap penulisan, selain daripada “niche” blog.


Aku pernah kongsikan di antara high paying keyword yang boleh kita gunakan di dalam penulisan kita. keyword itu adalah “insurance”. Aku ada menulis beberapa artikel mengenai hal ini. Dan baru semalam, ketika aku melihat blog ceritaejoy dalam versi mobile, aku melihat iklan prudential takaful bsn menari-nari di blog aku. Wah! Hanya beberapa penulisan mengenai insurance, dah ada iklan mengenainya.

Oleh yang demikian, bagi mereka yang ingin Buat Duit Dengan Adsense, kenalah peka dengan keyword-keyword ini. Ini adalah kerana, bayaran bagi 1 klik iklan juga adalah tinggi. Bila bayaran tinggi, mudah lah wang terkumpul, dan lagi cepatlah kita boleh cashout dan merasa duit USD. Betul tak? hehe.

Oklah. Rasanya setakat itu dulu ceritaejoy. Rumusan dari perkongsian ini adalah, mulakan penulisan kalian dengan menggunakan “high paying keyword”. Ini sangat penting buat mereka yang ingin Buat Duit Dengan Adsense. Kerana ianya bakal menentukan iklan yang akan dipaparkan di blog kalian. 

Semoga maju jaya aku ucapkan pada semua. Ada rezeki lebih, eloklah dikongsikan dengan yang lebih memerlukan ya! Semoga rezeki kalian semakin luas. Amin.

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email