Kenapa semua orang cerita hantu dekat blog? - ceritaejoy

Kenapa semua orang cerita hantu dekat blog?

8:52 PG

www.ceritaejoy.com

Kenapa semua orang cerita hantu dekat blog? | Aku perasan, secara tiba-tiba, ramai blogger malaysia yang kongsikan cerita seram dekat blog mereka. Itu belum campur dengan cerita mereka di laman sosial facebook. Bila bercerita pasal Cerita Seram Malaysia ni, blog yang pertama kali muncul dalam minda aku adalah blog lekatlekit. Yang ditulis oleh kak suria. Ha, blog beliau banyak cerita seram real punya! Aku? Aku? Aku tak suka cerita seram dan memang tak banyak pengalaman dengan makhluk halus ni, Cuma ada lah sikit ceritanya!

Cerita Hantu Paling Seram!


Orang kita. Yer! Aku cakap dekat situ, orang kita, memang tak boleh berpisah dengan cerita hantu. Pergilah mana-mana, mesti ada cerita mistiknya! Dalam filem usah cakap lah, manjang ada babak hantu je! Walaupun genre film tu, cerita komedi! Adoi! Bab tu kadang buat aku tension, mesti ke ada babak hantu bungkus, Pontianak segala? Perlu ke?


Tapi, cerita seram paling best setakat ini *pada aku lah*, Cerita Hantu Asrama Malaysia! Aku dulu sekolah asrama, kalau ada sukan, memang kerap ke sekolah lain. Cerita yang kerap kami kongsikan adalah, cerita seram! Itu confirm! Bukan nak cerita pasal kehebatan sekolah ke, sukan ke, cerita hantu! Hahaha. rasanya sampai sekarang orang masih tercari-cari cerita seram asrama. Rasanya!

Berbalik semula pada ceritaejoy kali ini. Kenapa semua orang cerita hantu dekat blog? Orang yang aku maksudkan tu, blogger malaysia la. Kenapa? Ada apa-apa yang tersirat ke? Atau ada orang yang suruh kamu cerita dekat blog? Hehe! Aku ni, pengalaman dengan hantu tu takda! Dan kalau boleh, aku tak mahu pun ada pengalaman macam tu. Nak buat apa? Kan?

Mimpi seram itu biasa. Semua orang pun pernah mimpi seram. Normal la kan. Cuma berhadapan dengan situasi sebenar belum pernah. Cerita orang tak usah cakap la. Banyak. Ada yang tak masuk akal pun ada. Tapi tak mustahil ianya berlaku kan. Kadang Cerita Hantu Paling Seram tu bukan masuk akal sangat, tapi itulah yang kerap berlaku!



Kalau ada orang tanya pada aku, pengalaman aku berhadapan dengan situasi seram tu, aku jawab lah, belum pernah dan berharap tidak akan pernah, ha! Aku ni nak kata berani, tak juga, nak kata takut, tak juga. Cukup sedang-sedang. Kang kita cakap besar, diberinya pengalaman paling ngeri dalam hidup, baru datang akal!

Oleh yang demikian, jika ada yang mencari Koleksi Cerita Seram Kisah Benar dekat blog ceritaejoy ni, memang korang tak akan jumpa. Kenalah ke blog lekatlekit.com. Di situ ada banyak cerita seram malaysia. Hehehe. Aku? Baca cerita seram? Tak berminat! Hahaha. Aku suka baca cerita travel dan percutian rakan-rakan blogger, itu je. Boleh macam tu? Boleh kan? Hehehe.

You Might Also Like

3 comments

  1. Hehe.. Citer seram asrama memang best. Nak2 makcik karipap tu..
    Rasanya dorang join contest/giveaway Volkswagen KUning kot..
    Kaklong tak join, tapi baru je tulis satu nak memeriahkan suasana :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha..cerita mak cik karipap.. mmg cliche sangat.. hampir semua asrama ada cerita ni..

      Padam
  2. banyak cerita2 seram ni bila baca balik, macam cliche.. hahaha

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email