Kenapa keyword sangat penting pada penulisan blog? - ceritaejoy

Kenapa keyword sangat penting pada penulisan blog?

9:52 PG

www.ceritaejoy.com

Kenapa keyword sangat penting pada penulisan blog? | Mungkin ada yang masih tidak sedar akan kepentingan keyword di dalam penulisan di blog. Keyword yang digunakan bukanlah terlalu sukar, namun seringkali di abaikan kebanyakkan blogger. Tahukah kalian, di antara keyword terbanyak cariannya di google adalah resepi sambal belacan? Aku sendiri pernah menulis mengenai hal ini di dalam tajuk Cara Buat Sambal Belacan Mudah Dan Sedap.

Keyword ini pada aku, adalah keyword sepanjang zaman. Ini adalah kerana, walaupun dunia semakin maju, orang tetap mengekalkan sambal belacan di dalam menu harian mereka. Sambal belacan ibarat pelengkap. Cara nak buat pun mudah. Oleh sebab itu, menu ini sentiasa menjadi pilihan semua. Nak tahu cara mudah nak buat sambal belacan sedap? Boleh baca post yang aku kongsikan di atas ya!

Ok. Lupa tentang sambal belacan sedap, kita beralih pula pada pentingnya keyword dalam penulisan di blog. Yang sebenarnya, kerap kali juga aku kongsikan, kepentingan keyword ni. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin Buat Duit Dengan Adsense. Penggunaan keyword yang betul bakal menentukan income yang bakal diperolehi pemiliknya.

Melalui perkongsian 40 High Paying Keywords terbaik untuk Adsense, aku senaraikan keyword-keyword yang boleh digunakan di dalam penulisan di blog. Nampak macam sukar, tetapi sebenarnya senang kalau kita olah ianya menjadi 1 penulisan yang santai dan mudah di fahami pembaca blog. Kena tahu juga, tidak semua pembaca suka penulisan berbentuk kamus ni.

Contoh paling mudah yang boleh kita guna pakai adalah, insurance. Sekarang ni, insurance di lihat sebagai 1 keperluan. Tambahan pula, banyak syarikat-syarikat insurance yang ada seperti Insurance Prudential Takaful, Insurance Allianz, Insurance Aia Takaful, Etiqa, Zurich dan macam-macam lagi. Beruntunglah mereka yang memiliki blog dengan niche insurance ni. hehe.

Bagi yang meminati automotif pula. Carian keyword juga terlalu banyak. Boleh guna Ford escape, Jeep Cherokee, toyota highlander, honda civic, accord atau macam-macam lagi jenama kereta. Fokus pada niche otomotif dan masukkan keyword-keyword ini. Berpandukan daripada keyword ini, akan menentukan iklan yang bakal keluar pada adsense. Dan penggunaan keyword yang betul juga, akan menentukan bayaran per click!

Oleh yang demikian, bermula saat ini, cuba latih diri anda untuk memasukkan keyword-keyword penting di dalam penulisan blog. Selain daripada kepentingan iklan yang bakal keluar, ianya juga menentukan kedudukan blog dalam carian google. Sentiasa ingat, lebih banyak blog anda berada dalam carian teratas google, lebih baik dan lebih cerah potensi anda untuk berjaya dalam dunia blog! Ok?

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email