Perlu ambil insurance kebakaran untuk rumah? - ceritaejoy

Perlu ambil insurance kebakaran untuk rumah?

7:27 PTG

www.ceritaejoy.com

Perlu ambil insurance kebakaran untuk rumah? | Aku baru terima surat dari bank merah. Yang sebenarnya, banyak kali juga aku dapat surat. Biasa Lah macam-macam update. Biasanya aku simpan je semua surat tu. Tapi kali ni aku baca berulang kali. Surat yang meminta aku membayar insurance rumah jika berlaku kebakaran. Bila sebut aku perlu bayar, aku akan baca berulang kali sebab ada perkataan perlu tu.

Memang benar, dalam dunia serba maju sekarang ni, dengan taraf hidup yang semakin meningkat, segala perkara memerlukan wang. Dan tidak semua orang mempunyai simpanan wang yang banyak. Dan masalah ini boleh diselesaikan dengan insurance! Termasuklah dalam kes rumah ni. Tapi bila dia sebut, aku kena bayar insurance rumah untuk kes kebakaran ni, aku macam sikit tersentap.



Yang aku tahu, sewaktu kita beli rumah dulu, memang kena ambil insurance. Aku ingatkan insurance tu cover semua, tapi bila dapat surat yang kata kena ambil insurance melibatkan kebakaran ni, aku jadi cam pelik sedikit. Ohh! Rupanya insurance yang kita ambil awal dulu, tak cover bahagian kebakaran ke? Dia cover rumah runtuh agaknya. Dan jika berlaku kematian pada salah seorang penama rumah. kan?

Yang sebenarnya, aku masih kurang jelas dengan insurance untuk cover kes kebakaran rumah ni. Jika kita bayar, ini bermakna insurance itu hanya cover bahagian kebakaran sahaja kah? Bagaimana dengan perkara lain? Jika hanya cover kebakaran, ini bermakna kena ada 2 insurance la kan? Ke macam mana? Ada sesiapa yang jelas tentang perkara ini? Atau ada pembaca blog ceritaejoy dari kalangan agent insurance?

Yang jelas pada aku sekarang adalah, insurance perumahan sedia ada adalah untuk cover semua. Ada dijelaskan juga di dalam surat tersebut, jika aku tak mahu ambil insurance yang ditawarkan bank merah, aku kena ambil insurance lain dan nyatakan pada mereka. Mungkin ada benarnya, Cuma aku ingin dapatkan kepastian daripada rakan-rakan semua. Semoga korang dapat membantu aku. 

You Might Also Like

2 comments

  1. hmm..yela...btl juga tuh...
    insurans rumah ya...
    nak try tanya kawan² yg keje bank nanti la tentang insurans rumah nie...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha, kemudian kongsi dengan saya boleh? nak tahu juga rumah ni perlukan insurance yang macam mana. yer..

      Padam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email