Hidup ini bukan macam cerita drama. - ceritaejoy

Hidup ini bukan macam cerita drama.

4:59 PTG

www.ceritaejoy.com

Hidup ini bukan macam cerita drama | Aku tak tujukan pada sesiapa. Cuma kadang-kadang tu, aku tengok, ramai sangat yang terpengaruh dengan cerita drama yang ditayangkan dekat TV. Bila sebut drama tv, hari ke hari, makin pelik tajuk drama. Macam-macam. Nak gelak pun ada, sedih pun ada, macam-macam. Mungkin di situ uniknya drama tu, pada tajuknya.

Aku tak mahu lah bercerita pasal tajuk drama ni, kang tiba-tiba muncul macam-macam tajuk drama. Dari yang logik pada yang tidak logik. Masing-masing lah ye. Cuma aku nak beritahu, aku tak tengok drama. Tahu pasal jalan cerita pun, sebab baca apa yang rakan-rakan blogger malaysia tulis dekat blog mereka. orait! Berbalik semula pada cerita Hidup ini bukan macam cerita drama.

Drama! Standard Lah kan, yang hidup mewah, jatuh cinta dengan yang kurang berkemampuan. Kemudian, harta banyak, tapi memilih untuk hidup susah. Ada pulak, ditaburi dengan hadiah-hadiah di luar pemikiran manusia biasa. Itu dalam cerita drama. Sangat mustahil ianya berlaku dalam kehidupan sebenar! Kalau pun berlaku, jumlahnya terlalu kecil.

Aku tak mahu tuju pada sesiapa. Aku Cuma bercerita mengenai apa yang aku alami kat sekeliling aku ni. Mungkin terpengaruh dengan cerita drama, kehidupan dia turut sama ikut jalan cerita tu. Katanya jalan cerita tu tak ubah seperti kehidupan dia. Mungkin benar, apa yang dikatakan, pasangan dia mampu tunaikan apa yang dia minta *mungkin hadiah*, tapi betul ke pasangan dia tu mampu?

Mungkin benar lah dia mampu. Tapi kalau kena kerja overtime, setiap hari, dan 7 hari seminggu, rasanya macam 1 bebanan pada aku. Hanya untuk penuhi permintaan keinginan, bukannya keperluan. Orang cakap, siapa tak sayang bini oii! Itu betul. Tapi kalau aku, aku tengok je apa yang wife aku minta. Kalau dah telefon nya masih elok, tapi disebabkan orang mula bercerita pasal Iphone 7, dia pun nak, memang tak lah aku ikut kan.

Itu belum cerita, wah! Abang, jom makan malam dekat lokasi sekian-sekian, kemudian sewa limousine untuk bawa kita jalan-jalan bandar. Kalau ini permintaan nya, memang 100% aku tak penuhi la. Melainkan, abang, jom kita kumpul duit dan bawa anak-anak bercuti, ha, kalau yang itu, memang aku akan usahakanlah.

Belum cerita, suami mereka VS suami dalam cerita drama. Dah terpengaruh dengan lakonan dalam cerita drama, mereka pun mahukan suami mereka seperti itu. Kalau benar sama perangainya atau lebih kurang, oklah. Macam mana pula kalau jauh berbeza? Kena pula mereka kerap minta suami mereka buat macam tu?

Aku tahu apa yang aku cakap ni, mungkin menguris hati orang lain. Mungkin korang nak cakap, suka hati la, kehidupan aku, yang kau nak sakit hati kenapa? Betul tak? Ya betul, tapi Aku Cuma nak cakap, syukurlah dengan apa yang korang ada sekarang. Memiliki pasangan itu sudah cukup 1 rahmat buat korang. Kerana ada dari kalangan kita, yang tidak berpasangan ataupun kehilangan pasangan.

Rasa hati mereka. Sudah cukup hidup ini berpasangan. Dan janganlah diambil pasangan mereka terlalu awal. Tak perlulah sama macam kehidupan dalam drama tu. Asalkan cukup melengkapi di antara 1 sama lain. Aku punya pendapat aku sendiri dan korang sudah pastinya punya pendapat korang sendiri. Terpulanglah.

You Might Also Like

4 comments

  1. Kadang kala apa yg dipamerkan dalam drama..
    ianya tidak seindah dalam kehidupan realiti...
    berpijak dibumi yg nyata..
    sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada...
    kalau berlebihan itu,adalah bonus.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu..perlu sentiasa bersyukur dengan apa yang ada..:)

      Padam
  2. betul3x... setuju
    tak semua sifat & sikap kita sama dlm drama. Allah dah jadikan kita ada keunikan tersendiri

    BalasPadam
    Balasan
    1. tapi ada daripada kita yang tak perasan benda tu..hmm

      Padam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email