Hebatnya Atlet Paralimpik Negara! - Ceritaejoy

Header Ads

Booking.com

Hebatnya Atlet Paralimpik Negara!

www.ceritaejoy.com

Hebatnya Atlet Paralimpik Negara! | Cerita atlet malaysia dapat emas dalam rio paralympics 2016 ni minggu lepas, tapi baru hari ini aku berkesempatan nak menulis. Al-maklumlah, kita belum dapat title blogger sepenuh masa, jadinya, masa untuk menulis kat blog ceritaejoy ni limited edition gitu! Hahaha. Walaubagaimanapun, walaupun cerita nya sudah berlalu, namun kehangatan dan semangat malaysia boleh itu tetap membara dalam hati kami rakyat malaysia!

Lihatlah dunia! Dari kekurangan yang mereka ada, mereka mampu berada pada tahap tertinggi! Siapa kata golongan seperti mereka tidak punya apa-apa? Ya! Title kurang upaya yang ada pada mereka sering di pandang rendah oleh masyarakat. Ada juga segelintir daripada kita, yang memandang rendah, sebelah mata, atau langsung tutup mata, tak nak tengok golongan semacam ini! Nah! Sekarang lihat, apa yang mereka mampu lakukan, kamu? Apa yang mampu kamu berikan?


Ini bukan calang-calang pentas sukan. Ini pentas sukan terbesar dunia! rio paralympics 2016! Semua atlet dari seluruh negara berkumpul di sini. Pentas yang sama juga digunakan untuk Rio Olympic 2016! Pentas yang memperlihatkan atlet-atlet terbaik dunia. Namun, banyak yang menyedihkan mengenai sukan ini. kenapa perlu ada perbezaan di antara mereka? Apakah kerana status mereka?

Kalau Rio Olympic 2016, ceritanya boleh kita dengar hampir ke seluruh tempat. Semua orang berbual mengenainya. Kenapa tidak rio paralympics 2016 juga begitu? Kenapa tiada yang mahu bercerita mengenai nya? Apa mereka pergi saja-saja ke? Mereka tetap membawa nama malaysia ke persada dunia! Mereka menang emas! Nama malaysia disebut-sebut! Kenapa perlu ada jurang dekat situ?

Malaysia kini menduduki tangga ke 23 dengan pungutan 3 pingat emas. Pingat emas tu dah kira luar biasa kan? Yang lebih luar biasanya adalah, mereka pecahkan rekod dunia!! Tidakkah ianya sesuatu yang sangat membanggakan? Hebatnya Atlet Paralimpik Negara! Menang pingat emas, pecah rekod dunia. Berani cakap, ada orang normal yang belum tentu mampu buat seperti mereka.


Tadi, sebelum aku menulis entry ini, sempat jugak lah aku baca beberapa penulisan blogger lain mengenai atlet paralimpik malaysia yang menang emas dalam rio paralympics 2016 ni. Dalam banyak-banyak penulisan, aku tertarik dengan cerita mengenai hadiah penerbangan percuma airasia seumur hidup buat semua pemenang! Wow! Bestnya!

Namun, tumpuan kini lebih terarah kepada habuan buat mereka kerana berjaya merangkul pingat emas dalam sukan terbesar dunia ini. Adakah mereka juga akan menerima habuan yang sama seperti atlet Rio Olympic 2016? Atau mereka hanya terima hadiah yang biasa-biasa je? Sama-samalah kita nantikan ye! Apa pun, tahniah sekali lagi buat semua atlet! Anda sememangnya telah mengharumkan nama malaysia!
loading...

1 ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com