Decoder MYTV Basic PERCUMA kini sedang diedarkan! - ceritaejoy

Decoder MYTV Basic PERCUMA kini sedang diedarkan!

4:46 PTG

www.ceritaejoy.com

Decoder MYTV Basic PERCUMA kini sedang diedarkan! | Lama juga kita menanti decoder MYTV ni. Dan akhirnya, kini ia diedarkan secara percuma. Ada ura-ura yang mengatakan bahawa siaran percuma ini akan menjadi saingan utama pada siaran berbayar yang kini menjadi no 1 di Malaysia. Mengenai hal itu aku kurang pasti. Yang pastinya, aku dah lama hentikan langanan siaran berbayar tu. Dan sekarang, aku sendiri ternanti-nanti siaran MYTV Basic PERCUMA ni.

Apakah Televisyen Terrestrial Digital (DTT)?


Negara-negara ASEAN telah menetapkan pelaksanaan penutupan siaran analog (analogue switch off – ASO) secara berperingkat-peringkat antara 2015 sehingga 2020. Untuk memastikan penyeragaman isyarat, negara-negara yang mempunyai sempadan bersama termasuk Malaysia, Thailand, Singapura, Indonesia dan Brunei bersetuju menetapkan 2018 sebagai sasaran pelaksanaan ASO. Projek DTT di Malaysia adalah di bawah naungan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan dipantau oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini adalah sebahagian daripada agenda nasional untuk mentransformasikan industri penyiaran negara melalui pendigitalan dengan tujuan mempertingkatkan taraf hidup rakyat ke arah mencapai status negara maju menjelang 2020. Ia merupakan salah satu inisiatif terpenting dalam Rancangan Malaysia ke-11.

Mengenai persoalan lain mengenai MYTV ini, korang boleh lanjutkan bacaan pada link ini : 

http://mytvbroadcasting.my/phase2/FAQ.html

Baiklah. Apakah siaran yang ditawarkan MYTV ini? Mungkin ada yang kurang jelas mengenai hal ini. kerana katanya, ada berpuluh siaran menarik dengan MYTV ini. Ok. Decoder MYTV Basic PERCUMA yang kini sedang diedarkan adalah untuk mereka yang terpilih sahaja. Dan mereka juga terpilih untuk menyertai Projek Pendigitalan Penyiaran Nasional.


Buat masa sekarang, saluran siaran yang bakal diterima adalah TV1, TV2, TV3, TV Alhijrah, ntv7, 8TV, TV9 dan Bernama News Channel (BNC). Namun, siaran ini akan bertambah dari semasa ke semasa. Dan jika begitu, ini bermakna, kabar angin yang mengatakan MYTV ini bakal menjadi saingan utama kepada siaran berbayar adalah benar? Bab itu aku tak mahu komen ya!

Baiklah! Kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut mengenai Decoder MYTV Basic PERCUMA ni, korang boleh klik pada link yang aku berikan dekat atas tu. Dan kalau korang nak periksa, samada korang layak atau tidak untuk menerima set percuma ini, korang boleh isikan no kad pengenalan di Unit Decoder percuma.

Bagi mereka yang tidak berjaya *seperti aku* jangan risau. Kerana Decoder MYTV Plus akan mula dijual tidak lama lagi. Dan apa yang pasti, harganya sudah tentu jauh lebih murah! Suatu yang sememangnya sudah lama di tunggu-tunggu oleh semua!

You Might Also Like

3 comments

  1. ye..patut nya dah lama benda ni ada..orang tak de pilihan sebab tu terpaksa langgan juga astro tu..saya bulan ni dah guna bil baru untuk astro.sebelum ni rm122..start bulan ni bil rm42.jimat banyak..hahahah..kalau dah jual mytv nanti memang nak potong terus astro ni...

    BalasPadam
  2. salam kenal ni bang .... semoga sukses selalu

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email