Cerita sebenar dari Datuk SM Faisal isu rebut anak. - ceritaejoy

Cerita sebenar dari Datuk SM Faisal isu rebut anak.

12:05 PTG

www.ceritaejoy.com

Cerita sebenar dari Datuk SM Faisal isu rebut anak | Adoi. Kalau kita tengok video yang kini tersebar secara meluas dekat FB sekarang ni, mesti ramai yang menganggap pihak suami terlalu kejam. Hingga sanggup buat perkara macam tu. Hati siapa yang tak marah kan? Tapi di sebalik isu rebut anak tu, tahukah anda cerita sebenarnya? Tuan empunya diri tampil menjelaskan perkara sebenar. Itulah orang cakap, kalau nak tahu cerita sebenar, kena dengar dari dua-dua pihak. Jangan hanya melihat dan terus membuat kenyataan.

Cerita sebenar adalah, tiada paksaan memisahkan si anak dengan si ibu. Sebaliknya si ibu yang mendakap anaknya terjatuh ke lantai. Kalau lihat dari video, memang nampak macam ada paksaan, tapi cuba baca dulu cerita dari Datuk SM Faisal ni. Bila dah baca, baru kita faham cerita sebenar.

Cerita sebenar dari Datuk SM Faisal isu rebut anak.


Saya bukanlah seorang individu yang gemar menghebahkan urusan peribadi dan keluarga saya di mata umum, namun selepas sebuah video dihebahkan dan mendapat pelbagai ulasan daripada netizens, saya terpanggil untuk menjelaskan perkara sebenar yang berlaku dalam insiden tersebut.

Saya telah ke Mahkamah Syariah atas perintah penghinaan mahkamah (contempt matter) terhadap bekas isteri saya yang gagal hadir ke prosiding sebelumnya.

Saya pergi bersama ibu, adik lelaki dan adik perempuan saya, kerana ibu dan adik-adik saya mahu bertemu dengan cucu dan anak-anak saudara yang dirindui.

Terdapat ramai wakil daripada pihak bekas isteri saya yang turut hadir, termasuk beberapa orang individu yang merakamkan segala yang berlaku dalam kamar Mahkamah.

Pada penghujung prosiding, pihak Mahkamah memberi kebenaran kepada saya untuk membawa pulang tiga orang anak-anak saya selama satu hari sahaja.

Walaupun untuk sehari sahaja, saya amatlah gembira. Namun, disebabkan anak sulong saya tidak sihat, pihak mahkamah setuju membenarkan dia untuk tinggal bersama ibunya.

Keluarga pihak bekas isteri telah melaungkan kata-kata nista terhadap saya dan keluarga. 

Saya tidak bertindak berkata apa-apa kerana saya hadir ke mahkamah dengan tujuan untuk bertemu dengan ketiga-tiga orang anak saya yang sangat saya rindui...

Selesai prosiding, bekas isteri saya telah menunjukkan keengganan beliau melepaskan anak-anak. Kejadian ini telah menyebabkan anak-anak saya berasa bingung, keliru dan takut.

Dalam kejadian inilah bekas isteri saya tiba-tiba rebah ke lantai sambil mendakap anak saya dengan kuat. Kejadian yang disaksikan ramai orang di dalam mahkamah telah menyebabkan anak saya terus ketakutan.

Kejadian ini telah dirakam oleh individu tadi dari sudut belakang. Saya tidak bertindak ganas, sebaliknya saya telah merayu kepada bekas isteri saya untuk membenarkan saya berjumpa dengan anak saya itu sambil saya menghulurkan tangan untuk mendakap anak saya.

Melihat kepada riak wajah anak saya, saya tahu saya tidak akan dapat membawa pulang anak saya pada hari itu.

Saya hanya dapat membawa pulang anak bongsu saya, dan saya amat bersyukur. Saya sempat meluangkan masa bersama nya, membawanya berjumpa dengan sepupu-sepupu nya dan melepaskan rindu saya yang teramat terhadap anak bongsu saya itu.

Pada keesokan harinya, seperti yang diarahkan oleh pihak Mahkamah, saya telah menyerahkan semula anak saya itu kepada penjagaan bekas isteri saya.

Saya merayu agar pihak media atau masyarakat tidak menggembar-gemburkan perkara ini kerana ia adalah urusan peribadi dan keluarga saya.

Walaupun ada pihak yang sengaja membesar-besarkan perkara ini demi publisiti atau apa pun niat yang lain, saya bersama keluarga saya akan terus tabah dan akur kepada keputusan pihak Mahkamah.

Sebagai seorang bapa, saya hanya mahukan penyelesaian yang cepat dan adil demi kebajikan dan masa depan anak-anak saya.

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email