Cara Mudah untuk Lulus Google Adsense. - ceritaejoy

Cara Mudah untuk Lulus Google Adsense.

5:01 PTG

www.ceritaejoy.com

Cara Mudah untuk Lulus Google Adsense | Aku bukan pakar google adsense. Sebabnya aku sendiri pun belum merasa wang USD lagi. Cumanya, aku cuba kongsikan beberapa Tips For Google Adsense Approval bagi mereka yang ingin mendapatkan akaun google adsense ini. Ilmu ini aku dapat daripada beberapa rakan blogger malaysia. Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk semua.

Sebelum aku kongsikan tips ini, suka aku ingatkan, adalah lebih baik jika korang dapatkan domain sendiri terlebih dahulu. Ini adalah kerana, jika korang menggunakan URL percuma yang disediakan oleh blogspot, dan kemudiannya membuat keputusan untuk mempunyai domain sendiri, korang perlu melalui proses yang sama sekali lagi.

Mengikut pengalaman aku ketika memohon akaun adsense, aku menggunakan URL percuma. Tempoh masa yang perlu diambil untuk memperolehi kelulusan adalah sangat lama! Dan kemudiannya, aku memilih untuk memiliki domain sendiri. Kena tahu, bila kita guna domain sendiri, kita perlu memohon semula akaun google adsense. Dan sekali lagi, aku perlu lalui proses yang lama untuk dapatkan akaun adsense.

Orait! Cukup setakat itu, sekarang aku nak kongsikan beberapa Tips For Google Adsense Approval bagi mereka yang ingin mendapatkan akaun google adsense. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat semua ya!

Tips For Google Adsense Approval.

Aku cuba sampaikan dalam bahasa mudah, supaya semua yang baca ni akan mudah faham. Ok?

1) Sebelum korang nak Apply google adsense, pastikan blog korang dah siap sepenuhnya. Tiada lagi bahagian yang perlu di edit. Description dan keyword blog semua ada. Pendek kata, lengkap! Orang cakap, ini baru blog! Ha, fahamkan dekat situ?

2) Kemudian, pastikan dekat blog ada disclaimer, privacy policy dan sitemap. Ini sangat penting ya! Cara nak buat pun mudah je. Nak tahu caranya, boleh search dekat bahagian atas, sebelah kanan blog.

Pastikan juga blog korang hidup. Maksudnya, blog tak bersawang. Update sentiasa. Jangan biarkan blog terbiar terlalu lama. Google adsense mencari blog yang aktif sahaja. Jadi, rajin-rajinkan diri update blog ya!

3) Orait. Pastikan setting betul. Kalau blog bahasa melayu, letak setting bahasa melayu. Aku faham, ada sesetengah orang, termasuk lah aku. Memang susah dan tak faham kalau semua bahasa dalam blog di tukarkan kepada bahasa melayu. Contohnya handphone, kalau ubah setting pergi bahasa melayu, memang jadi pening la jawabnya.

Tapi, ianya hanya bersifat sementara sahaja ye! Sepanjang tempoh pemeriksaan team adsense, korang tukar bahasa blog korang kepada bahasa melayu. Bila dah lulus nanti, korang tukar lah pergi bahasa inggeris pula. Hehehe.

4) Ini part paling penting. Sepanjang tempoh pemeriksaan team adsense, update blog paling kurang 2 entry 1 hari. Dan jumlah perkataan bagi 1 entry adalah 1000 patah perkataan! Ada yang cakap 300. 

Aku dah buat, tapi awal-awal kena tolak permohonan aku. Lepas aku cuba update blog dengan 2 entry 1 hari. 1000 patah perkataan bagi setiap entry. Alhamdulilah, mudah je lulus permohonan aku untuk dapatkan akaun non hosted adsense.

5) Dan akhir sekali. Untuk apa pembaca datang ke blog korang? Benda ni mudah je sebenarnya. Apakah kekuatan blog korang? Google adsense suka dengan blog yang penuh dengan keyword. 

Dan keyword juga memainkan peranan yang penting di dalam menentukan iklan yang akan keluar dalam blog korang. Oleh yang demikian, rajin-rajin kan diri tulis entry yang penuh dengan keyword. Tak tahu apakah keyword yang sesuai? Sila search pada bahagian atas, sebelah kanan blog ceritaejoy. Ok?

Baiklah, inilah Tips For Google Adsense Approval yang boleh aku kongsikan untuk mereka yang ingin mendapatkan akaun google adsense. Mungkin ianya berbeza dengan blogger lain, tetapi inilah cara yang aku gunakan ketika dalam permohonan untuk dapatkan akaun non hosted adsense. Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada semua. insyaAllah. amin.

You Might Also Like

7 comments

  1. Apply adsense menggunakan bahasa melayu boleh ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh tuan..saya apply google adsense guna blog ini..:)

      Padam
  2. Cmner cara nya nak apply mrlalui bahasa melayu tuan? Maksud saya apa yg penting? Content 1000 patah perkataan ke? Brp lama baru approved?

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1) tukar bahasa blog kepada bahasa melayu.

      2) update blog sekurang-kurangnya 2 post 1 hari.

      3) pastikan artikel penuh dengan keyword.

      4) pastikan blog siap sepenuhnya. blog mesti ada disclaimer, privacy policy dengan sitemap.

      cuba buat yang macam ni, insyaAllah, lulus. hehehe

      Padam
  3. ada perkongsian dari kawan2 betul ke kalau kita buat web or blog pakai blogspot pihak google xkan luluskan, maksudnya kena beli domain dan webhosting dulu baru diluluskan, mohon pencerahan tuan

    BalasPadam
    Balasan
    1. maksud diluluskan itu adakah untuk google adsense? jika itu soalan nya, ini jawapan saya tuan..

      sy sendiri dah guna google adsense Hosted dengan menggunakan blog ceritaejoy.blogspot.com.

      jadi, pada saya tiada masalah mengenai hal itu. dan tuan juga boleh dapatkan earning daripada situ.

      cuma, adalah lebih baik, tuan dapatkan full account. dan untuk dapatkan full account adsense, tuan kenalah ada domain sendiri. :)

      Padam
    2. terima kasih atas pencerahan tuan

      Padam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email