Baki terkumpul 8Share setakat hari ini. - ceritaejoy

Baki terkumpul 8Share setakat hari ini.

11:19 PG

www.ceritaejoy.com

Baki terkumpul 8Share setakat hari ini | Alhamdulillah. Rezeki dari blog semakin menunjukkan hasil. Bila ada usaha, sudah pasti ada hasilnya. Alhamdulilah sekali lagi. Buat duit dari blog ini ada banyak cabangnya. Dan salah satunya adalah 8Share. Apa yang membuatkan aku suka dengan salah satu medium buat duit dengan blog ini adalah, kerana bayaran per click nya yang besar!

Biasanya, bila cukup sahaja syarat untuk cashout, aku akan terus cashout. Namun kali ini, aku cuba untuk simpan dan berusaha lebih lagi untuk gandakan nilai terkumpul tu. Kata orang, bila kita dah berjaya capai sesuatu perkara tu, kita perlu cuba untuk capai lagi kejayaan yang lebih besar. Jadinya, sebelum ni dah berjaya capai syarat untuk cashout RM50. Sekarang, nak cuba capai nilai yang berganda pula.


Ada blogger yang berjaya buat duit dengan 8Share hampir ratusan ringgit sebulan. Sudah pasti mereka memiliki pelbagai teknik rahsia! Sebagai contoh, di dalam penulisan di blog, mereka masuk kan sekali link-link iklan. Yang ada kaitan dengan penulisan mereka. Bukan niat memanipulasi pembaca Cuma mereka kongsikan bacaan penulisan lain di blog mereka.

Sebagai contoh, cerita mereka ada kaitan dengan cerita yang dikongsikan di Ohbulan.com. Dalam masa yang sama, penulisan itu adalah daripada iklan 8Share. Oleh yang demikian, jika ada pembaca yang klik untuk teruskan bacaan tersebut, pembaca dapat ilmu, pemilik akaun 8Share juga dapat ilmu dan wang. Hehehe. Bestkan? Mudah je sebenarnya buat duit dengan 8Share ni.

www.ceritaejoy.com

Owh ya! sebelum terlupa. Nak juga kongsikan nilai terkumpul setakat ini dalam akaun 8Share aku. Jumlahnya adalah RM74.60. Dan aku sememangnya ada target seterusnya untuk cashout. Perlu ada usaha keras untuk capai dan teknik yang betul. Dan jika korang pun berminat nak buat duit dengan 8Share ni, korang register je kat 8Share.com/register.


Selepas akaun di luluskan, korang dah boleh share iklan yang ada dan lihat pertambahan wang masuk ke dalam akaun korang setiap hari. Tidakkah ianya cerita yang menyeronokkan? Jika mahukan tips atau cara yang lebih berkesan, boleh email aku. insyaAllah, kita kongsikan sedikit ilmu yang ada untuk kegunaan bersama. InsyaAllah.

You Might Also Like

8 comments

  1. TQ Ejoy.. Dah sigup. Harap2 dapat kumpul my 1st RM50 ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe..nanti kita kongsi sama-sama cara terbaik untuk cepat dapat RM50 yer..hehehe

      Padam
  2. Frust jugak dengan 8share ni, sebab dia implement system telan duit orang bila lama sangat tak log in. ha ha

    BalasPadam
    Balasan
    1. nape lama tak log in? hehehe..saya hari2 log in..sebab nak tengok duit tu naik. hehehe

      Padam
  3. 8share dah kena banned dah..tu pasal lama tak share

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email