Apakah aku mampu berlaku adil dengan mereka? - ceritaejoy

Apakah aku mampu berlaku adil dengan mereka?

4:24 PTG

www.ceritaejoy.com

Apakah aku mampu berlaku adil dengan mereka? | Secara terus terang nya, aku hanya merancang untuk memiliki 2 orang anak sahaja. Dan kalau boleh, biarlah sepasang. Dan alhamdulillah, doa aku dimakbulkan oleh nya. Aku kini memiliki 2 orang anak. Anak sulung lelaki yang kuat dan hebat! Dan anak kedua, perempuan, cantik! Tetapi sangat lasak! Alhamdulilah. Rezeki yang tidak terhingga darinya. Ini adalah perancangan aku, namun, sebaik-baik rancangan manusia, ada yang lebih baik daripada itu.

Kini, aku dikurniakan seorang lagi zuriat! Ini bermakna, anak ketiga! Sesuatu yang tidak berada di dalam perancangan aku dan isteri. Aku sendiri masih tertanya-tanya, adakah ianya mimpi atau reality! Ini adalah kerana, ianya adalah sesuatu yang berada di luar perancangan aku. Aku tidak memilih jantina. Asalkan dia sihat dan sempurna.
Ada rakan-rakan yang terlalu mengharapkan anak lelaki, namun dikurniakan anak perempuan. Ada yang terlalu mengharapkan anak perempuan, namun kesemua anaknya lelaki. Ini soal rezeki. Kita tiada hak untuk mempersoalkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Dia adalah sebaik-baik perancang. Oleh yang demikian, aku menerima rezeki anak ketiga ini dengan hati yang sangat terbuka!

Namun, aku kembali mempersoalkan diri aku. Apakah aku mampu berlaku adil dengan mereka? kesemua anak-anak aku nanti? Apakah kasih sayang yang aku berikan sama adil? Ini yang selalu bermain dalam fikiran aku sekarang. Kadang aku menjadi terlalu takut, takut tidak mampu berlaku adil pada setiap anak-anak aku.


Rezeki sememangnya telah ditetapkan pada setiap anak yang dilahirkan. Namun aku dan isteri tetap perlu bekerja keras di dalam mencari rezeki yang lebih luas untuk mereka! Tanpa usaha, segalanya tidak bermakna! Namun, di dalam kerisauan aku, masih wujud perasaan gembira! Mana mungkin aku tidak gembira dengan zuriat yang dihadiahkan oleh Allah ini!

Aku bersyukur padamu yang Allah, di dalam kesempitan yang dialami, ada rezeki yang kau berikan pada kami sekeluarga. Di dalam kekurangan, masih ada kegembiraan. Di dalam kesesakan, masih ada ruang untuk kami penuhi. Alhamdulilah. Semoga segalanya dipermudahkan olehmu ya Allah. Semoga Anak ini memberi cahaya kegembiraan buat kami semua. Amin!

You Might Also Like

3 comments

  1. setiap anak, Allah dah tetapkan rezeki masing-masing... InsyaAllah... di mana ada rezeki tuk keluarga Allah akan tunjukkan jalanNya...

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email