Anak perempuan lebih cepat belajar dari anak lelaki ya? - ceritaejoy

Anak perempuan lebih cepat belajar dari anak lelaki ya?

1:52 PTG

www.ceritaejoy.com

Anak perempuan lebih cepat belajar dari anak lelaki ya? | Ini persoalan dan bukannya cerita ya! Aku Cuma nak kan kepastian sahaja, betul ke anak perempuan lebih cepat belajar daripada anak lelaki? Sebabnya, bila aku lihat semula perkembangan anak-anak aku, aku Cuma boleh cakap, anak kedua aku *perempuan* lebih cepat belajar berbanding anak lelaki. Kenapa?

Contoh ya, pakai kasut. Anak lelaki aku, agak susah juga la nak belajar pakai kasut sendiri. Lama jugalah aku kena pakaikan kasut untuk dia sebelum kita boleh tengok dia pakai dengan sendirinya. Anak kedua aku, sekarang umur 1 tahun lebih. Dah mula belajar pakai kasut sendiri. Tergelak juga aku tengok dia terkial-kial pakai kasut ibu dia. hahaha.

Lagi satu pakai baju. Walaupun tak sempurna, tapi dia dah start belajar pakai baju sendiri. Walaupun sekadar berjaya masuk tangan je, dah cukup buat dia happy dah. Kalau bandingkan dengan anak sulung kami, memang sedikit lambat nak ajar dia pakai baju sendiri. Mungkin ini perkara normal pada ramai orang, tapi aku suka tengok perkembangan mereka.

Kemudian, anak perempuan. Cepat betul belajar dan faham dengan arahan orang sekeliling. Apa sahaja arahan yang kita beri, mereka mudah faham dan buat dengan betul. Cumanya, bahasalah. Wife cakap, dia masih gunakan bahasa alien! Hahaha. Apa la. Tapi kadang tu aku suka! Walaupun aku tak faham langsung dengan apa yang anak aku nak sampaikan, tapi dia beriya-iya bercakap. Dan aku akan iyakan apa sahaja yang dia cakap.

Maaf cakap ya! Aku faham, mungkin ceritaejoy ini, menguris hati rakan-rakan blogger/pembaca yang masih tidak punya zuriat. Rezeki dan ketentuan tuan/puan sekalian telah ditetapkan oleh yang maha esa. Dia maha besar dan maha mengetahui segala yang berlaku di langit dan bumi. Pasti ada sesuatu yang lebih besar menanti kalian. insyaAllah.

Aku sebenarnya, tak berapa suka sebenarnya nak bercerita pasal anak-anak samada di blog mahupun laman sosial Facebook. Selain daripada kerisauan berhadapan dengan manusia yang mungkin menyalahgunakan gambar sedia ada, aku juga selalu berfikiran, ini blog ceritaejoy yang di miliki oleh Haffizul Iskandar! Oleh yang demikian, ceritanya haruslah berkisarkan mengenai diri penulisnya. Hehehe.

Tapi itulah, rasa keterujaan melihat perkembangan anak perempuan itu menyeronokkan! Bukanlah kata anak lelaki tak bagus. Aku sayang anak-anak aku! Cuma seronok tengok perkembangan mereka. Macammana pula dengan korang?

You Might Also Like

2 comments

  1. tak boleh nak kongsikan pendapatan baru ada anak sorang...heheh tunggu dapat anak dari jantina lain dulu

    singgah sini ejoy

    BalasPadam
  2. Tak tau..kena tambah naak baru tau..hehe

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email