Aku tak makan kepala! - ceritaejoy

Aku tak makan kepala!

5:23 PTG

www.ceritaejoy.com

Aku tak makan kepala! | Seram tak baca tajuk entry aku kali ini? Ha, macam itu jugalah rasanya bila mana sampai musim korban macam ni. Akan terlihat lah, banyak kepala lembu dan kambing dan unta *bagi sesetengah kawasan* di mana-mana kawasan yang melakukan ibadah korban ini. Dan, aku tahu, ada yang makan daripada bahagian kepala ini, tetapi tidak bagi aku! arghh! Aku naik seram bila fikir kan hal ini!

Aku *atau mungkin ada dari kalangan kita* yang hanya makan daging sahaja. Ya, aku Cuma makan bahagian daging sahaja. Anggota lain seperti lidah, mata, otak?, perut, atau yang paling extreme pada mata aku, anggota kelamin haiwan memang aku tak pernah sentuh! Lagi la nak makan kan? Wife aku, cukup suka makan sup ekor! Di ajaknya aku, 100% tidak mungkin jawapannya! Huhuhuhu.

Pernah sekali, aku tengok 1 rancangan masakan kat TV3. Dalam rancangan tu, chef tu makan kepala kambing!! Ha?? Tahu apa yang aku rasa waktu itu? Rasa seram sejuk! Hahaha. Sungguh aku tak pernah tengok dan tahu pun ada orang yang makan kepala kambing! Aku rasa macam extreme sangat! Kemudian, aku pernah ke rumah seorang rakan, waktu tu nak makan tengahari. Aku ceduk kari ayam, dengan niat nak cari bahagian peha, tahu apa yang aku jumpa? Kepala ayam dalam tu!!

Warghh!! Aku tahu, memang ada orang yang makan, sebab bila aku tanya pada rakan-rakan aku, semuanya tak pelik! Tapi kenapa aku yang pelik bila tengok? Sekarang, musim korban ni, ramai pulak yang ambil kepala lembu. Bila aku tanya, sedap ke? Di gelaknya aku! katanya, pada bahagian itulah banyak bahagian yang sedap! Ha? Serius?

Aku nak tanya, mata lembu, ada yang makan? Tolonglah cakap tak ada yang makan. Huhuhu. Lidah? Ada, sebab aku pernah tengok menu sup lidah, otak? Ada kan? Lagi? Bahagian apa yang ada pada kepala lembu? Aduh! Waktu aku menaip entry ni pun aku dah rasa seram sejuk! Hahaha. Mungkin inilah perasaan mereka yang hanya makan daging sahaja! Korang pulak macam mana?

You Might Also Like

6 comments

  1. aku geli bab organ organ haiwan ni haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama-sama..cuma makan daging sahaja, bahagian lain tak makan langsung. paru pun tak makan. ish!

      Padam
  2. Rezeki Allah tu...tapi akak tak makan...spesis seram gitu..hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah..rasa macam menakutkan! semalam ada tanya kawan, dia cakap ada orang makan mata lembu.ha??

      Padam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email