Adakah mereka melawan ketentuan Allah? - ceritaejoy

Adakah mereka melawan ketentuan Allah?

10:58 PG

www.ceritaejoy.com

Adakah mereka melawan ketentuan Allah? | Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini sudah ditetapkan kehidupan mereka. Ceritaejoy pagi-pagi ni ada kaitan dengan cerita viral mengenai seorang maknyah yang berubah menjadi lelaki kemudian jadi maknyah semula. Persoalannya sekarang kenapa boleh jadi camtu? Apakah dia rasa berat untuk menerima ketetapan kehidupan aturan yang maha esa?

Bila bercerita bab ini, aku suka fikir, apakah punca utama dia kembali kepada kehidupan maknyah dia tu. Kalau kita baca perkongsian dari sang empunya diri, katanya beliau dah penat dengan tohmahan orang sekeliling mengenai keputusan beliau untuk kembali kepada kehidupan “asalnya”. Katanya, beliau sering diherdik ketika menjadi maknyah. Kemudian buat keputusan untuk jadi lelaki sejati! Dalam pada yang sama, beliau juga di hina dengan pelbagai tohmahan, akhirnya, akibat tidak tahan, beliau kembali kepada kehidupan maknyah semula.

Mungkin kita tidak berada dalam situasi beliau. Mungkin benar, ada yang menghina beliau bertukar menjadi lelaki semula hanya untuk meraih perhatian masyarakat. Itu aku sendiri kurang pasti. Namun, dari pandangan kasar Haffizul Iskandar, ramai juga yang memuji keputusan beliau untuk kembali menjadi lelaki.

Bukti Nya adalah melalui perkongsian cerita beliau yang sangat meluas. Melalui laman sosial, akhbar, television, mulut ke mulut, macam-macam cabang! Rata-ratanya memuji keputusan berani beliau yang ingin keluar daripada “kehidupan hitam”. Itu yang kita tahu kerana ianya boleh kita lihat dan baca, namun, mungkin ada cerita yang kita tidak tahu, cerita “di sebalik” keputusan drastik beliau yang ingin kembali kepada kehidupan maknyah!

Ini mungkin punca sebenar kenapa beliau kembali kepada kehidupan maknyah.

Aku hanya merasakan, bukan menyatakan perkara sebenar kenapa beliau kembali kepada kehidupan maknyah. Aku melihat daripada segi kehidupan masyarakat sekeliling aku. Yang mana cerita mereka lebih kurang sama dengan cerita seorang hamba Allah ini.

Baiklah. Di antara penyebab kenapa beliau kembali kepada kehidupan maknyah adalah kerana, beliau hanya berubah tetapi tidak pernah buang rakan-rakannya! Kenapa aku cakap macam ni? Sebabnya, “tarikan” daripada rakan-rakannya terlalu kuat! Lagi pulak, beliau baru berubah! “Naluri” wanita dalam tubuh seorang lelaki itu terlalu kuat! Oleh yang demikian, pergaulan bersama rakan-rakan yang masih bergelar maknyah sememangnya suatu perkara yang dahsyat pada mata aku.

Sama halnya dengan mereka yang pernah terlibat dengan perkara-perkara negative. Tak mahu lah aku sebutkan apakah perkara-perkara itu, cukup lah kalian tahu, ianya adalah perkara tidak elok. Andai kata mereka tertangkap dan dipenjarakan. Habis tempoh tahanan, mereka keluar dan berjumpa semula dengan rakan-rakan yang masih aktif dalam kerja negative.

Soalan aku mudah. Berapa peratuskah mereka-mereka ini akan kembali kepada kehidupan lampau? Sudah pasti lah peratusnya tinggi kan? Sebabnya mereka sendiri pernah berada dalam kehidupan itu, di tambah lagi dengan cerita dan mungkin ajakan daripada rakan-rakan, peratusan untuk kembali kepada kehidupan asal itu sangat tinggi!

Oleh yang demikian, ini mungkin menjadi penyebab kenapa beliau kembali kepada kehidupan maknyah. Beliau hanya berubah dari segi penampilan, tetapi masih kekal dengan pergaulan rakan-rakan. Ini hanyalah pandangan aku semata-mata, ianya mungkin berbeza dengan versi sebenar. Sang empunya diri pasti punya jawapan yang tersendiri.

Cuma apa yang aku boleh katakan, kalau nak jadi orang yang berjaya, bergaul lah dengan mereka yang berjaya. Kalau nak jadi jutawan, bersahabatlah dengan jutawan. Kalau nak jadi orang yang kuat agama, bercampur lah dengan alim ulama. Dan kalau mahu jadi lelaki sejati, bercampur lah dengan mereka yang terbukti sejati. Harap-harap kalian fahamlah dengan apa yang aku ingin sampaikan ni ya!

You Might Also Like

4 comments

  1. kadang-kala, jadi kelakar bila tengok keadaan masyarakat facebook sekarang nih.

    BalasPadam
  2. Salam pagi...
    datang pagi tinggalkan jejak..
    setuju berkaitan dgn punca pergaulan tu..
    cuma siapa kita nak hukum dia..Kdg kala kita hanya melihat apa yang ditulis,dipaparkan,disiarkan..sedangkan apa yang berlaku pd seseorang tu,perkara yang sebenar hanya dia dan penciptanya sahaja yang lebih mengetahui.. Setiap perubahan yang baik kita nak lakukan,memerlukan ketetapan diri,kekuatan fizikal dan mental..kerana diluar sana terlalu kuat dugaan dan ujiannya..Kita doa kan semoga mereka² ini insaf dan kembali sepenuhnya kepada yg asal..Amin... :)

    BalasPadam
  3. Ada betulnya juga tu.. Susah nak buang kawan.. Kalo taknak buang jiwa kene kuat sangat sangat..

    BalasPadam
  4. Betul tu...
    Bila berubah tapi masih berkawan dengan kelompok yang sama agak suah perubahan itu nak kekal..
    Saya bercakap dari pengalaman di depan mata..

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email