3 sebab paling utama untuk anda beriklan di blog ceritaejoy. - ceritaejoy

3 sebab paling utama untuk anda beriklan di blog ceritaejoy.

9:00 PG

www.ceritaejoy.com

3 sebab paling utama untuk anda beriklan di blog ceritaejoy! | Rajin pula aku bercerita mengenai pengiklanan di blog ni. Aku pernah menulis mengenai kelebihan pengiklanan di blog, jika belum baca, boleh baca Kelebihan pengiklanan produk di blog. Kesinambungan daripada perkongsian itu, aku berikan 3 sebab paling utama, kenapa kalian perlu memilih blog sebagai medium utama bagi mengiklankan produk jualan anda! Sudah bersedia? Ayuh! Teruskan bacaan kalian!

Ada banyak saiz iklan yang disediakan blogger untuk anda gunakan bagi iklankan produk anda. Ia bergantung kepada budget anda. Harganya juga adalah berbeza bagi setiap saiz dan juga bagi setiap blogger. Jika trafik yang diterima blog mencecah ribuan atau ratusan sehari, maka harganya pasti sedikit tinggi. Itu semua orang sudah sedia maklum kan? Namun harganya, boleh dikatakan masih rendah jika dibandingkan dengan medium pengiklanan yang lain.

Baiklah. Ada banyak sebab utama! Tetapi aku Cuma senaraikan 3 sahaja. Yang aku sendiri rasa, inilah 3 sebab kenapa kalian perlu jadikan blog sebagai medium paling utama untuk beriklan. Baiklah, inilah 3 sebab paling utama untuk anda beriklan di blog ceritaejoy!

1) Trafik tambahan yang diberikan secara percuma.

Ada 2 jenis trafik pada setiap blog. 1 adalah trafik yang datang setiap hari dengan artikel-artikel yang pernah dikongsikan oleh blogger sebelum ini. 2 adalah trafik tidak menentu! Bila anda bayar seorang blogger untuk tujuan pengiklanan. Anda sebenarnya membayar untuk trafik tetap blog tersebut.



Dan tahukah anda, ada masa-masa tertentu, pemilik blog akan hasilkan 1 penulisan blog yang mampu menjana trafik luar biasa untuk blognya? Bila ini berlaku, anda sebenarnya bertuah! Kerana, ianya memberikan pendedahan tambahan untuk iklan anda! Soalan! Adakah anda membayar untuk trafik tambahan ini? Atau, ada mana-mana media yang boleh berikan fungsi ini kepada anda? Ianya hanya datang dengan blog!

2) Kadar pengiklanan yang murah!

Sekali lagi, kos pengiklanan adalah murah jika dibandingkan dengan medium yang lain. Ini adalah kerana kebanyakkan blogger merasa amat senang dengan pendapatan yang mereka terima melalui blog mereka.

Pernah dengar kata-kata manis? Ya! jika kena dengan caranya, anda boleh dapatkan servis percuma daripada mana-mana blogger untuk promosikan produk anda! Hmm, teringat kisah lalu, yang mana aku suka buat iklan bagi mana-mana produk yang aku suka. Tanpa meminta apa-apa bayaran!



Tetapi itu dulu, sekarang ianya sudah berubah. Namun, pasti ada masanya, aku nak buat lagi! Kita bantu orang, pasti ada yang akan bantu kita semula!

3) Mereka antara yang terawal menggunakan produk anda!

Blogger! Mereka juga manusia! Mereka juga sukakan suatu yang baru. Sama halnya dengan modal yang anda perlu keluarkan untuk kenalkan produk anda. Bayangkan, jika anda perlu berikan 100 produk percuma untuk bakal pelangan anda. Berkemungkinan, yang menjadi pembeli ada separuh atau suku daripada jumlah itu.

Berikan beberapa contoh produk anda pada blogger! Biarkan mereka rasa dan alami sendiri produk tersebut. Bila mereka merasa senang! Mereka akan kongsikan kegembiraan itu dengan semua pembaca blog mereka! Bayangkan, dengan 1 produk yang anda berikan pada blogger, produk anda akan dikenali semua! Di mana-mana sahaja! Sudah tentu pasaran anda menjadi semakin luas!

Baiklah! Itulah 3 sebab paling utama untuk anda beriklan di blog ceritaejoy! Sebenarnya besar impaknya jika kalian menjadikan blog sebagai sumber utama pengiklanan produk baru! Selain daripada ianya kekal di dalam blog, potensi pasaran produk anda juga luas! Oleh yang demikian, ada yang mahu mendapatkan perkhidmatan review produk atau pengiklanan di blog ceritaejoy?

You Might Also Like

2 comments

  1. hai...selamat pagi...
    semoga terus dimurahkan rezeki...Aminn

    BalasPadam
    Balasan
    1. hye..

      terima kasih ya..semoga kamu juga akan dimewahkan rezeki olehnya..amin..

      Padam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email