Zika virus kini melanda singapura! - ceritaejoy

Zika virus kini melanda singapura!

11:03 PG

www.ceritaejoy.com

Zika virus kini melanda singapore! | Berita yang menakutkan semua! Kalau sebelum ni, zika virus telah melanda brazil, dan menjadi kerisauan kepada atlet sukan Olympic Games Rio 2016, kini dikabarkan, ianya telah melanda singapore! Negara jiran kita, malaysia! 

Sebanyak 41 kes jangkitan zika virus dilaporkan di singapore dan kebanyakannya berlaku di kalangan pekerja-pekerja asing dan pihak berkuasa singapore juga menjangkakan lebih banyak kes ini yang akan dikenal pasti.

Kalau kebanyakkan zika virus yang berlaku ini melibatkan pekerja asing, bagaimana pula dengan negara kita? Rasanya, negara kita juga memiliki pekerja asing yang sudah semestinya lebih ramai daripada negara singapore, betul tak? Seharusnya kita juga perlu merasa bimbang. Seramai 7 orang yang dijangkiti virus ini sudah pulih dan selebihnya masih di rawat di hospital mengikut 1 kenyataan oleh the Health Ministry and the National Environment Agency.


Bagi yang kurang faham mengenai bahaya nya virus zika ini, ianya memberi risiko kepada wanita mengandung. Yang akan mengakibatkan kecacatan kelahiran yang sangat teruk! Brazil mencatatkan lebih daripada 1600 kes microcephaly, di mana bayi yang dilahirkan semuanya berkepala kecil! Bukankah ianya adalah sesuatu yang menakutkan??

Singapore kini sedang giat membersihkan persekitaran yang dikhuatiri menjadi tempat pembiakan nyamuk yang membawa zika virus. Aktiviti penyemburan racun serangga juga sedang giat dilakukan di kawasan kediaman bagi menangani pembiakan nyamuk. Risalah mengenai bahaya nya zika virus ini juga sedang giat diedarkan.
Kita yang juga penduduk malaysia seharusnya lebih peka dengan zika virus ini. Sentiasa pastikan kawasan persekitaran kita bersih dan melaporkan kepada klinik atau hospital berdekatan jika diri kita atau orang terdekat mengalami symptom-symptom demam yang teruk. Kita boleh mengawal penyebaran virus ini jika kita bekerjasama di dalam menjaga persekitaran kita.

Mengenai hal pekerja asing yang “berkemungkinan” membawa virus ini daripada luar, kami mengharapkan kerajaan melakukan sesuatu di dalam membendung virus ini daripada memasuki malaysia. Janganlah dah masuk baru kita nak melakukan sesuatu dengan cara yang lebih agresif. Kita mampu mengubahnya!

You Might Also Like

1 comments

  1. ya Allah...takut bila dengar nama wabak ni,.moga kita jauh dari segala penyakit termasuk zika..

    jemput join contest jika sudi

    http://www.yayacendana.com/2016/08/skinfood-worth-rm200-set-korean-beauty.html

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email