Terima surat pengesahan dari google adsense. - ceritaejoy

Terima surat pengesahan dari google adsense.

1:07 PTG

www.ceritaejoy.com

Terima surat pengesahan dari google adsense | Alhamdulilah. Akhirnya aku terima surat pengesahan dari google adsense semalam. Lama juga aku tunggu surat ni sampai rumah. Ikut pada email yang diberi, surat ini telah di hantar pada tarikh 07 ogos 2016. Lama kan? Hehe. Apa pentingnya surat ni? ha? Surat ini adalah permulaan kepada usaha aku bersama blog ceritaejoy untuk Buat Duit Dengan Adsense! Apa yang terkandung dalam surat pengesahan dari google adsense ni? Sekejap lagi aku cerita ya!

Banyak sebenarnya kenangan aku dengan google adsense ni *walaupun tak lama*. Kisah awal dulu, sewaktu aku baru-baru nak apply google adsense. Waktu tu aku nak apply akaun hosted. Banyak kali juga permohonan aku di tolak. Mungkin kerana kandungan blog ceritaejoy yang tidak menepati syarat google adsense.



Timbul juga rasa kecewa waktu tu. Kemudian atas nasihat beberapa rakan blogger malaysia, aku teruskan juga usaha. Alhamdulilah! Syukur, permohonan aku di terima akhirnya. Lama juga aku bersama dengan google adsense atas tiket hosted tu. Dalam hati memang bersemangat nak Buat Duit Dengan Adsense! Tapi, akaun aku masih kekal dengan jumlah USD1.01 untuk sekian lamanya.

Bila di selidik, rupanya akaun hosted sememangnya menerima bayaran yang sedikit kecil berbanding akaun non hosted. Syarat untuk memiliki akaun non hosted adalah perlu ada domain sendiri. Aku kemudiannya apply lah domain untuk blog ceritaejoy. Maka lahirnya ceritaejoy.com. Selepas dapat domain sendiri, aku usaha semula untuk dapatkan akaun non hosted adsense.

Sama seperti awalnya, permohonan aku di tolak beberapa kali sebelum aku mendapat kelulusan penuh dari adsense. Alhamdulilah sekali lagi, usaha aku untuk terus Buat Duit Dengan Adsense semakin menunjukkan jalan positif. Bayaran yang aku terima juga menunjukkan kenaikan setiap hari! Tidak seperti sebelumnya, ketika aku menggunakan akaun hosted adsense.



Dan bagi pemilik akaun hosted adsense, surat pengesahan ini adalah sangat penting! Kerana di dalam nya ada 6 digit pin, yang perlu kita gunakan sebagai pengesahan kepada akaun kita! Ini bermaksud, tanpa 6 digit pin ini, bayaran adsense kepada kita akan ditangguhkan sehinggalah kita masukkan pin ini. Nampak tak betapa pentingnya surat pengesahan dari google adsense ni?

Syarat untuk mendapat pengesahan daripada google adsense adalah, kita perlu capai USD1O terlebih dahulu. Selepas kita capai pendapatan sebanyak ini, google adsense akan menghantar surat kepada kita. Dulunya aku tertanya-tanya juga, kenapa aku tak dapat pun surat pengesahan ni, rupanya kena dapatkan USD10 dulu ya!

Alhamdulillah, aku dah pun Terima surat pengesahan dari google adsense semalam. Dan aku dah pun sah kan akaun adsense aku. Alhamdulilah, akaun berbaki sekarang dah pun cecah USD24. Kira ok lah kan jika dibandingkan sewaktu aku menggunakan akaun hosted dulu. Nilai yang sama untuk beberapa bulan. Memang kecewa betul waktu tu.

Baiklah! Jika rakan-rakan blogger yang lain terasa nak Buat Duit Usd Online, bolehlah cuba Buat Duit Dengan Adsense. Cubalah untuk dapatkan akaun non hosted. InsyaAllah, rezeki Allah tu ada di mana-mana dan datang dengan pelbagai cara. Asalkan ada usaha daripada diri kita. Jangan duduk saja je. Memang tak dapat apa lah kan? Ok?

You Might Also Like

18 comments

  1. Aku dulu ada google adsense, pastu aku gatai pergi click2 sendiri.. last2 kena banned..haha..padan muka aku.

    Anyway tu cerita tahun 2008, zaman hingusan lagi aku masa tu.

    Congrates!

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha..itulah, fraud click kan? bahaya jugak kalau kita click iklan sendiri..hehe

      Padam
  2. ooo maknanya bila kita dah ada domain sendiri ,, iklan adsense yg ada dalam blog sekarang ni dah tak kira ke ?,,itulah ada baca gak kalau nak earnings naik baik pakai domain sendiri..

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukan2..macam ni..

      1) kalau kita apply akaun adsense menggunakan url ceritaejoy.blogspot.com. akaun adsense kita adalah Hosted akaun.

      2) Kalau kita apply akaun adsense menggunakan url ceritaejoy.com, akaun adsense kita adalah Non Hosted akaun..

      ha, faham tak? dari segi bayaran per click juga berbeza ya..:)

      Padam
    2. ooh macam tu blog ni masih hosted akaun.. buat masa sekarang sejak tahun lepas .sampai sekarang dah dalam 78 dolar..nak cukup 100 dolar baru blh cash out kan.. harap2 blh la nak cash out huu

      Padam
    3. yup..ada juga tanya pakar-pakar adsense, kata mereka, 100usd baru boleh cashout..kalau boleh cashout dengan nilai yang lebih rendah dari tu, dah ramai dah yang cashout..hehehe

      Padam
  3. Ooo...memang dia akan bagi surat eh...baru tau

    BalasPadam
    Balasan
    1. aa..bila earning dah capai usd10, adsense bagi surat..dalam tu ada 6 digit pin..guna dia untuk sahkan akaun kita..macam tu..:)

      Padam
  4. Saya buat YouTube guna google adsense...tak berapa faham sangat nak guna dia...saya tunggu jgk surat pengesahan dari google, xsampai pun...payment threshold tu mende! Xfaham lah...dia kata USD100. Xfaham laaaaa. Current balance skrg dia tulis USD0.45...SO MAKSUDNYA APA Yer? Saya tak faham sebab penerangan dia guna video pun saya pening..xtau nak refer mana

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya bukanlah pakar google adsense, cuma saya jawab sekadar yang termampu ya..

      1) Google adsense akan hantar surat pengesahan selepas jumlah terkumpul akaun kita mencecah USD10. Jadinya, kalau lihat pada baki akaun cik/puan, masih belum sampai lagi.

      2) payment threshold ( Had pembayaran). Syarat pengeluaran google adsense adalah USD100. Maksudnya, bila baki akaun dah cecah jumlah tu, baru boleh cashout.

      boleh tahu guna akaun apa? Hosted atau non hosted?

      Padam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email