Tak perlu tunggu hidayah datang baru nak bertudung. - ceritaejoy

Tak perlu tunggu hidayah datang baru nak bertudung.

3:59 PTG

www.ceritaejoy.com

Tak perlu tunggu hidayah datang baru nak bertudung | Cerita ini ada kesinambungan dengan cerita Uqasha Senrose yang membuat keputusan untuk tidak mahu berhijab kerana tidak mahu terus menerus tipu diri sendiri. Dari apa yang dikongsikan beliau, beliau sanggup menerima apa sahaja cercaan dan kecaman akibat daripada keputusan beliau tu.

Biasa tak kita dengar orang cakap, ala, bertudung pun, kalau perangai tak elok sama je? Atau, sabar lah, sampai masanya nanti aku bertudung lah. Bukan boleh paksa-paksa, apa guna bertudung kalau hati tak ikhlas nak menutup aurat. Ha, biasa kan dengar? Ala, tak payah cakap kaum perempuan lah, lelaki, solat cukup ke? Dah berapa kali tinggal solat jumaat? Oklah, kali ni aku nak fokus pada cerita berhijab ni dulu ye.



Benda yang sama orang dok ulang. Perkara yang sama alim ulama dok cerita. Tutup aurat tu tak perlu tunggu hidayah sampai sebab ia benda wajib. Nabi Muhammad s.a.w dah beritahu beribu tahun dulu. Teringat kisah seorang rakan dekat fb. Cerita pasal kerja dengan tutup aurat ni. Aku lupa dah cerita penuh dia, tapi aku cuba ringkaskan supaya kita semua faham ye.

Dia pesan kat kawan dia, kenapa tak pakai tudung. Kawan dia pun cakap, benda ni takleh paksa, kena hati yang ikhlas. Kemudian dia tanya balik, kerja kau sekarang ni ikhlas tak? Kawan dia jawab, sebelum ni tak ikhlas sebab kerja nak gaji je. Tapi lama-lama ikhlas sebab nak bantu syarikat untuk terus berkembang. Kemudian dia jawab, sama halnya dengan tutup aurat ni, mula memang rasa macam tu, tapi lama-lama kita akan rasa selesa dan ingin terus kan.

Aku bukan alim ulama, ustaz atau guru agama. Tapi aku setuju dengan apa yang dia cakap. Benda yang kita rasa tak ikhlas ni, kalau kita terus-terusan buat, sampai masanya, kita akan rasa biasa. Sama halnya dengan solat. Bukan semua orang cukup 5 waktu kan? Aku sendiri pun tak pernah nak kata cukup 5 waktu, nak malu buat apa kan?



Tapi kalau ada usaha, nak buat, pasti sampai masanya nak tinggal pun rasa takut. Solat jumaat? Eh! Kadang aku tinggal juga! Tapi, usaha tu ada. Mulanya aku malu dengan anak-anak bila dia tanya kenapa tak pergi solat. Mungkin itu hikmah dari Allah, dia datang kan anak-anak untuk tegur. Kemudian pergi solat. Lama-lama, jadi malu pulak dengan yang maha esa. Sebab dah banyak kesenangan yang dia bagi.

Sama halnya juga dengan kes tutup aurat ni. Kalau nak tunggu hidayah sampai, takut lama je. Itupun kalau sempat. Mau nya tak sempat? Macam mana? Bukan nak kata diri ni baik. Tapi saling mengingatkan. Tak kisah pun siapa awak, berapa besar pangkat awak, berapa ramai kawan awak, sampai masanya nanti, ke liang lahad, orang lain yang masuk kan, bukan diri awak sendiri.

Niat nak menegur tu dah ada. Esok, bila yang maha esa tanya, apa yang kau lakukan? Kita boleh jawab, kita dah tegur berulang kali, namun beliau tetap dengan keputusannya. Tak perlu jadi alim ulama, ustaz atau guru agama bila nak ajak orang bawa kebaikan. Bukan apa, bila kita cakap macam ni, confirm! Kawan-kawan cakap, ala kau pun bukan baik sangat pun, tak payah la nak tegur orang.

Tak apa lah, kita dah lepas tanggungjawab kita. Macam yang aku ada cakap tadi, bila yang maha esa tanya, kita akan jawab, kami dah tegur dia dan ajak dia ke arah kebaikan. Sekurang-kurangnya, kita ada tegur. Ok? Aku ni terus terang cakap la, ada masanya baik, ada masanya ke laut juga. Tapi tak salah kalau nak ajak orang ke arah kebaikan. Betul tak?

You Might Also Like

5 comments

  1. betul tu.. beginilah senang ..manusia bukan maksum dan tak sempurna pun ..selagi pintu taubat masih terbuka selagi itulah boleh berubah ke arah kebaikan.. usaha tu penting sebenarnya

    BalasPadam
  2. semoga kite senantiasa istiqamah di jln kebaikan.aamiin..

    BalasPadam
  3. Oh sudah..hihi...nak.di biar susah...
    Tak tegur pun susah...hihihi

    BalasPadam
  4. aurat itu WAJIB ditutup dan diikuti. Dosa besar pd sisuami bapa yg tidak menegur dan mengajak anak dan isteri menutup aurat dengan sempurna.

    Menipu diri sendiri dan tidak ikhlas itu bukan alasan. mcm kata solat lima waktu. WAJIB laksanakan. begitu juga wajib para wanita menutup auratnya.

    Bila islam dah kata WAJIB atas kamu menutup auratmu maka lakukanlah walaupun kamu terpaksa kerana itulah suruhan Allah.

    BalasPadam
  5. Itu la.. Kecewa juga bila tau dia buka tudung. Mungkin rasa tak bebas kot...
    Semoga dia kembali bertudung semula..
    Lawa apa pakai tudung..

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email