Suspek bunuh kanak-kanak jinjang warga myanmar?? - ceritaejoy

Suspek bunuh kanak-kanak jinjang warga myanmar??

2:59 PTG

www.ceritaejoy.com

Sumber : INFOKINI.MY

Suspek bunuh kanak-kanak jinjang warga myanmar?? | Apa perasaan korang bila baca tajuk entry aku ni? Marah? Ke tak rasa apa-apa? Atau mungkin korang akan cakap, ambilah lagi warga asing banyak-banyak masuk malaysia? Dalam hal ini siapa nak nak disalahkan? Warga asing itu sendiri atau orang kita? Kalau takda permintaan, pasti tiada mereka. Jika tiada yang sudi, pasti juga tiada yang menerima.

Suspek bunuh kanak-kanak jinjang dalam entry aku sebelum ini, suspek bunuh kanak-kanak 5 tahun adalah saudara terdekat adalah warga Myanmar! Ya! beliau adalah warga Myanmar yang bernikah dengan anak perempuan isteri kedua ayah kepada mangsa. Mangsa adalah anak sulung kepada isteri keempat ayahnya. Faham tak? Kalau kurang jelas, aku ada buat carta dekat bawah ni.

www.ceritaejoy.com


Hebatnya penjenayah ini adalah, beliau mendapat taraf sebagai penduduk tetap negara ini. hebat! Dan hebatnya lagi, beliau melakukan perbuatan haiwan ini adalah kerana ingin mendapatkan wang tebusan bagi menyelesaikan hutang! Apa masalah kau?? Kau berhutang! Kenapa anak kecil yang tidak berdosa ini yang perlu tanggung? Apa masalah kau?

Pandai berhutang, sendiri pandai selesaikan! Kenapa nak babitkan orang lain? Rasa takda penyelesaian, pergi buat pinjaman dengan mana-mana peminjam. Dari situ, baru kau tahu macam mana terseksanya diri kau kalau kau berada dekat tempat anak syurga ni! Diseksa hingga kau sendiri tak mampu nak tanggung, atau kau sendiri rasa apa yang kau dah buat dekat anak syurga tu.

www.ceritaejoy.com

Wajah Suspek bunuh kanak-kanak jinjang ni dah tersebar luas. Aku yang pada awalnya, tak suka share apa-apa gambar dekat blog ceritaejoy ni, rasa macam tak sempurna kalau tak letak wajah manusia dengan hati haiwan ni! kau berhutang itu masalah kau! Jangan heret orang lain masuk sama dalam masalah kau!

Suspek pembunuh ini suami kepada anak perempuan ayah mangsa. Dia culik mangsa, sebab nak mintak wang tebusan dekat siapa? Ibu mangsa, betul? Kemudian kalau ibu mangsa kekurangan wang, dia akan minta siapa pulak? Sudah tentu pada suami dia, betul? Suami dia tu pulak siapa? Bukan ayah mertua suspek ke? Jadinya, dia nak mintak pada ayah mertua dia sendiri!

www.ceritaejoy.com

Kenapa kau tak pergi pinjam je dengan ayah mertua kau? Kenapa perlu bunuh budak tu? Apa kau ingat, kau boleh terlepas dengan buang anak syurga tu dekat gaung sana? Manusia macam ni, hukuman dia sepatutnya setimpal dengan apa yang dia buat. Jangan nanti, tiba 1 tahap, mengaku gila! Hanya untuk terlepas dari hukuman.

Aku percaya, pihak polis malaysia sudah semestinya mempunyai jalan terbaik untuk selesaikan kes ini. Dia bunuh anak syurga tu sebab tak dapat wang tebusan nak selesaikan hutang! Jadi jangan waktu perbicaraan nanti, wujud pulak masalah mental dalam diri penjenayah ni. Takut nanti, bila banyak sangat orang yang sakit mental, orang yang sedia asal sihat, semuanya boleh jadi gila! 

You Might Also Like

3 comments

  1. Nauzubillah. Baca berita memang rasa geram + sedih gila.

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah, kita yang baca ni pun rasa lain macam..macamana pula dengan orang yang dekat-dekat pembunuh ni..huhuhu

      Padam
  2. sampai sekarang saya masih sedih sebab adik ni jadi mangsa. kenapalah dipilih kanak2 sedangkan awak bertanggungjawab sendiri atas hutang awak tu. Allahlah adili

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email