Suka dengan gaya rambut Zlatan Ibrahimović! - ceritaejoy

Suka dengan gaya rambut Zlatan Ibrahimović!

8:30 PTG

www.ceritaejoy.com

Suka dengan gaya rambut Zlatan Ibrahimović! | Sebelum apa-apa, aku nak beritahu, aku tak minat bola. Aku Cuma minat gaya pemain bola. Ok yer? Jelas kan dekat situ? Hehe. Entry ini bukan nak cerita pasal Zlatan Ibrahimović & Manchester United F.C. Jadinya, jangan ada yang kecam aku. hehehe. Man bun! Yes! Itulah gaya rambut pemain bola sepak ni. Walaupun aku suka dengan gaya man bun, tapi sehingga kini, aku masih tak tahu macam mana nak buat rambut macam tu! Susah! Gaya top knot lagi senang pada aku. ish!

www.ceritaejoy.com

Aku dah tengok tutorial dekat youtube, dah download tutorial bergambar man bun ni, tengok memang senang, tapi kenapa bila aku buat tak jadi? Dah bergulung-gulung rambut aku. Bila dah cuba berulang kali tapi tetap juga tak membuahkan hasil, aku jadi malas lagi nak mencuba dan buat gaya top knot jelah. Dah orang kata aku macam samurai. Ikut gaya rambut jelah!

Mungkin disebabkan rambut aku belum cukup panjang nak buat gaya man bun ni. Kalau tengok pada rambut Zlatan Ibrahimović, kan panjang. Jadinya, aku kena simpan lagi. Hahaha. Yang sebenarnya, rambut sekarang ni dah kira cukup panjang dah. Kalau ikut pada kerjaya aku sekarang, macam tak sesuai sebenarnya rambut macam aku ni, tapi, tak kisahlah! Ahhaha. Bila lagi nak rambut panjang kan?

www.ceritaejoy.com

Aku memang sejak azali suka rambut panjang, dari kecil membawa ke besar. Sampailah dah beranak pinak ni. hehe. Masih kekal dengan rambut panjang. Kalau dulu, ikat rambut macam biasa *macam gaya rambut orang perempuan tu* tapi sekarang ni, ada macam-macam gaya termasuklah man bun ni. kenapa gaya man bun? Sebab nampak style! Hahaha.

www.ceritaejoy.com

Wife aku pun sebenarnya, ,tak pandai gaya man bun ni. Dia lebih selesa berambut pendek. Dah berbeza dengan aku, aku lebih suka rambut panjang! Wahahah. Lagi-lagi bila tengok gaya rambut Zlatan Ibrahimović ni, wahahaha. Tapi bila aku fikir-fikir balik, kalau aku buat gaya macam tu datang kerja, agak-agak sesuai tak? Nak review, nak cerita kerja segala dengan top management, sesuai tak? hmm.

Takpe Lah! Malas nak fikir semua tu. Pada aku, waktu muda lah nak buat apa-apa pun, dah tua esok, memang dah tak sesuai dah. Tak kan nak tunjuk kat cucu, atok dia rock! Yang sebenarnya, boleh juga, tapi, ahh, nanti-nanti lah fikir. Tu 20-30 tahun dari sekarang. Kita fikirkan yang sekarang ni jelah ye. Hehehe.

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email